Banjir kilat landa pantai barat Sabah

PENAMPANG – Beberapa kawasan sekitar bahagian pantai barat Sabah dinaiki air sehingga berlaku banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak tengah hari di sini pada Jumaat.

Antara yang terjejas termasuk yang membabitkan kawasan perumahan, premis perniagaan, jalan raya, sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Yue Min dan kawasan sekitar Klinik Putatan.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dilaporkan membuat pemantauan segera dan berterusan di lokasi terjejas termasuk di Sungai Jalan Penampang Proper dan Limbanak, Penampang.

Manakala pemantauan oleh BBP Putatan di Jalan Putatan, CyberCity berada dalam keadaan terkawal dan kenderaan masih boleh dilalui.

Walau bagaimanapun keadaan hujan lebat kini masih berterusan, oleh itu orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati.

Pada masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah termasuk kawasan Pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

Turut terlibat kawasan Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) serta Wilayah Persekutan (WP) Labuan berterusan sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Related Posts

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

KUCHING – Kekurangan anggota kini menjadi antara cabaran utama yang dihadapi oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam memastikan kawalan di 36 pintu masuk negara di Sarawak dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

SIBU – Adat Iban perlu terus dipelihara, dikaji dan disesuaikan dengan perkembangan semasa tanpa menghilangkan nilai serta prinsip asalnya bagi memastikan warisan berkenaan kekal sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat tersebut.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
12,000 usahawan dibangunkan MCMC, program ‘bootcamp’ diperluas ke seluruh negara

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Kekurangan anggota cabaran utama AKPS kawal 36 pintu masuk negara di Sarawak

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah