Pindah tanpa permit, lebih 300 tan padi dari Selangor disita

ALOR SETAR – Lebih 300 tan padi disita oleh Kawalselia Padi dan Beras negeri Kedah di sebuah kilang di Kuala Kedah selepas didapati melakukan pemindahan tanpa permit pada Isnin.

Pengarahnya, Mohamad Nornizam Ramly berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan pada jam 2.30 petang semalam selepas menerima aduan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati padi pukal seberat kira-kira 307,591.20 kilogram (kg) di dalam kilang tersebut dibeli dari Selangor.

“Pasukan penguat kuasa meminta dokumen berkaitan padi dalam milikan kilang tersebut untuk semakan lanjut. Namun, pemilik kilang gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan.

“Mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan, anggota Kawalselia Padi dan Beras bertindak menyita padi di kilang dengan anggaran hasil sitaan sebanyak RM399,868,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, kes tersebut akan disiasat di bawah Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Sekatan Pemindahan Antara Negeri) 1997 P.U (A) 31 Akta 522 Akta Kawalan Padi dan Beras.

Jika didapati bersalah, kilang padi tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak