Banjir Kedah: Bomba terpaksa pujuk penduduk Kg Kota Aur pindah ke PPS

SIK – Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Kota Aur di sini, ditenggelami air akibat limpahan dari Sungai Kota Aur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu sejak 6.07 petang semalam.

Beliau yang mengetuai operasi penyelamatan bersama 16 anggota tiba di lokasi dan mendapati kawasan kampung berkenaan dinaiki air setinggi satu meter.

“Berdasarkan maklumat penduduk, ada juga kawasan yang dinaiki air setinggi tiga meter.

“Limpahan air sungai berdekatan disebabkan hujan berterusan sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air” katanya di sini hari ini.

Zulkhairi berkata, sebahagian penduduk ada yang berpindah lebih awal, manakala sebahagiannya enggan berpindah.

Berikutan itu katanya, pihaknya terpaksa memujuk penduduk supaya keluar dari kawasan itu dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Aur yang baru dibuka petang semalam.

“Bomba menghadapi kesukaran dan cabaran ketika melakukan operasi menyelamat malam tadi disebabkan cuaca gelap.

“Bagaimanapun, kami berjaya memindahkan sebahagian penduduk yang terjejas akibat banjir ke PPS yang lebih selamat disebabkan jarak lokasi banjir dengan kawasan banjir terletak jauh iaitu kira-kira 40 kilometer,” katanya.

Zulkhairi berkata, setakat ini, sudah 20 mangsa daripada tujuh keluarga berpindah ke PPS di SK Kota Aur dan trend air didapati menurun menghala ke kawasan Jeneri dan Jeniang, dekat sini.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak