Kerangka ekonomi Madani magnet pelaburan Malaysia

KETIKA pasukan Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan kurang popular dengan melaksanakan pelarasan semula subsidi diesel pada Jun lalu, ramai yang melontarkan kritikan.

Namun itu adalah tindakan berat demi menyelamatkan ketirisan bahan api yang disubsidikan oleh kerajaan selama ini.

Akhirnya, secara perlahan-lahan keputusan tidak popular itu dijangka berhasil menyelamatkan RM4 bilion setahun daripada ketirisan akibat penggunaan diesel oleh warga asing.

Itu adalah antara bukti bahawa Kerajaan Madani sedang melakukan tugas yang betul, untuk melaksanakan reformasi ekonomi melalui tata kelola yang berintegriti.

Dan selepas dua tahun Anwar menjadi Perdana Menteri, pelbagai perubahan struktur di peringkat makro mahupun mikro sudah dimulakan.

Semestinya, kita dapat melihat peningkatan pertumbuhan (Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh itu.

Sasaran adalah mencapai sekurang-kurangnya 5.0 peratus pada 2024 dan setakat sembilan bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan sudah mencecah RM2.383 trilion.

Selain itu, peningkatan ketara dalam pelaburan langsung asing (FDI) dan data perdagangan antarabangsa yang semakin stabil juga menjadi pencapaian paling utama dalam aspek ekonomi sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani.

Pelbagai lawatan kerja dan perjanjian persefahaman dilakukan setiap kali Anwar ke luar negara.

Tidak kiralah misi pelaburan itu di negara Asia atau Eropah, objektif utamanya adalah untuk segera memakmurkan semula ekonomi Malaysia.

Dalam masa yang sama, perkembangan sektor semikonduktor global turut melihatkan Malaysia menjadi antara destinasi pelaburan penting dalam rantaian bekalan ketika ini.

Asas ekonomi berada dalam keadaan sihat untuk mencapai tujuh penanda aras ekonomi Madani, serta menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi peneraju di Asia dan seterusnya mengeluarkan ekonomi Malaysia daripada masalah perangkap pendapatan pertengahan.

Agenda seterusnya, menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2027.

Malaysia menuju negara maju berpendapatan tinggi

Semua ini disumbangkan oleh faktor kestabilan politik dan hala tuju ekonomi yang sistematik.

Bagaimanapun, tidak dapat disangkal dalam masa yang sama Malaysia perlu meningkatkan tahap daya saing serta memastikan rakyat memperoleh manfaat daripada semua pelaburan dibawa masuk itu.

Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi seperti BRICS dan Sidang Kemuncak Asia Pasifik (APEC) baru-baru ini, diharapkan melonjakkan lagi jenama negara.

Dalam perkembangan berkaitan, pembaharuan ekonomi diperkenalkan kerajaan Madani seperti pengenalan indeks kos sara hidup, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dan perbelanjaan asas kehidupan wajar selain pendapatan boleh belanja bersih adalah selaras dengan upaya menggantikan penggunaan garisan statistik B40, M40 dan T20.

Pengenalan dasar gaji progresif juga membantu meyakinkan rakyat manakala bagi pelabur, kestabilan politik adalah sangat penting sementelah pembaharuan ekonomi, seperti meningkatkan daya saing serta memudahkan urusan perniagaan dan pelaburan dengan ekosistem yang kondusif.

Realitinya, tidak ada siapa menginginkan sistem subsidi secara pukal memandangkan kaedah ini nyata merugikan negara pada masa lepas.

Subsidi bersasar adalah langkah terbaik untuk memastikan subsidi itu sampai kepada kumpulan dalam masyarakat yang disasarkan.

Kerajaan juga melaksanakan langkah pemerkasaan sistem kewangan Islam dan dalam sistem percukaian membabitkan pengenalan sistem cukai lebih progresif seperti Cukai Dividen.

Kerajaan juga diharap melakukan reformasi cukai lebih menyeluruh antaranya memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan cara pelaksanaan berbeza dengan kerajaan sebelumnya.

Secara umumnya, pencapaian di luar kotak Anwar menerusi Kerajaan Madani sebagai reformis ekonomi dalam tempoh dua tahun amat menarik susulan keberanian beliau melaksanakan agenda yang sering dielakkan atau ditangguhkan kepimpinan terdahulu.

Misi reformasi ekonomi termasuk kembali menjadikan Malaysia sebagai magnet pelaburan asing dengan mencipta satu lagi posisi khusus iaitu berpotensi menjadi hab pusat data terbaik di rantau Asia.

Pelan strategik ekonomi Madani diperkenalkan menjadi teras kepada semua pelan ekonomi negara termasuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan pelan lain jelas menyokong dan selari dengan visi kerajaan semasa.

Related Posts

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politik agama menuntut disiplin ilmu, bukan kontroversi

KONTROVERSI melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Salleh baru-baru ini sekali lagi membuka perbahasan besar mengenai tanggungjawab pemimpin politik yang membawa imej agama dalam wacana awam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat