Hubungan dagang, diplomatik Malaysia-AS diteruskan meski bantah kezaliman di Gaza

KUALA LUMPUR – Hubungan pelaburan, perdagangan dan kerjasama diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih baik meskipun Malaysia menentang kekejaman dan penjajahan di Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, pendirian Malaysia dalam isu-isu antarabangsa, termasuk keganasan, kezaliman, penindasan, penjajahan di Palestin dan Gaza akan terus disuarakan.

“Saya tidak fikir pertimbangan ekonomi sementara sangat penting, boleh menjejaskan pendirian kita atau mengurangkan atau mengekang pendirian kita dalam menyuarakan hak, tuntutan dan keadilan buat rakyat Palestin khususnya di Gaza.

“Hubungan Malaysia dengan AS dari segi hubungan diplomatiknya masih baik.

“Kita meneruskan semua pengkongsian komprehensif dan kerjasama, termasuk pertemuan, umpamanya pertemuan Menteri Luar dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

“Saya sendiri juga mengambil masa untuk berbincang dengan Antony Blinken walaupun dia akan meninggalkan jabatan. Tetapi hubungan itu melibatkan pelaburan, perdagangan dan kerjasama diplomatik,” kata Anwar menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanya adakah Malaysia menghadapi
apa-apa risiko sekatan perdagangan dari AS disebabkan kelantangan Perdana Menteri yang mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin.

Dalam pada itu, Anwar juga menyatakan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, jumlah perdagangan dua hala diantara Malaysia dan AS telah meningkat sebanyak 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion (AS$57.76 bilion) , ini peningkatan yang agak tinggi, daripada RM204.78 bilion (AS$45.09 bilion) bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Kata Menteri Kewangan itu lagi, projek-projek yang telah dijalankan dan sedia untuk diuruskan ialah 1,321 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM140.61 bilion (AS$39.00 bilion).

“Tentunya, kita juga bimbang tentang perkembangan yang terbaru, termasuk tindakan terbaru, iaitu kenaikan tarif untuk Mexico, Kanada dan negara China. Sekatat ini, kita pantau dan ia tidak melibatkan isu dasar luar negara, termasuk soal Gaza atau Palestin. Ia melibatkan soal imbangan bayaran di antara kedua negara di mana berlaku defisit seperti mana Presiden Donald Trump mengumumkan semasa kempen.

“Kita sekarang menjalinkan semua hubungan dengan team baharu sedaya upaya kita,” jelas Anwar di Dewan Rakyat pada Khamis.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok