Isu LGBT, Bumiputera dan Raja Melayu kekang sertai Konvensyen Genosid

KUALA LUMPUR – Malaysia sentiasa lantang dan tegas menentang genosid namun berdepan kekangan memandangkan kedudukan negara yang tidak menandatangani Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid 1948 (Konvensyen Genosid).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia tidak menandatangani konvensyen itu atas beberapa faktor terkait dengan Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Kena faham kerana terikat dengan Statut Rom dan setakat ini Malaysia dalam soal ICERD dan Statut Rom ini ada kekangannya kerana beberapa peruntukan dalam Statut Rom itu yang tidak boleh diterima oleh sebahagian masyarakat kita terutamanya dalam dasar mempertahankan hak Bumiputera, soal agama, LGBT.

“…dan ini telah ditimbulkan juga oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Jadi itu sahaja.

“Saya fikir dalam perbincangan saya dengan Presiden Afrika Selatan, Presiden Ramaphosa yang berhajat mengunjungi Malaysia awal tahun depan, beliau menyatakan bahawa tidak menghalang sama sekali untuk Malaysia menyatakan dukungan bersama Selatan Afrika tetapi tidak punyai kedudukan yang sama kerana kita tidak menandatangani Statut Rom, itu yang menjadi kekangannya.

“Tetapi saya fikir untuk memikirkan ke depan, boleh sahaja Jawatankuasa Pilihan bincang bersama di antara parti, bagaimana boleh kita majukan
isu ini, dengan melihat semula peruntukan-peruntukan Statut Rom dan kalau ada kesepakatan, kita boleh teruskan.

“Walaupun saya ada sedikit kebimbangan melihat kepada suasana dan peruntukan Perlembagaan negara kita dan pendirian Raja-Raja Melayu,” jelas Anwar dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Perdana Menteri menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkenaan jika Malaysia boleh menandatangani Konvensyen Genosid bagi membolehkan negara mengambil tindakan lebih tegas ke atas serangan Israel di Palestin.

Related Posts

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

PUTRAJAYA – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, pada Jumaat dijadikan platform buat jemaah untuk bertanyakan mengenai intipati Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

KOTA KINABALU – Bekalan elektrik yang stabil dan berterusan perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

PMX terbuka rakyat tanya intipati Belanjawan 2027

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Kos sara hidup, prasarana dijangka jadi keutamaan Belanjawan 2027 – Grace Lee

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Pasaran buruh terus positif, kadar pengangguran turun kepada 2.9 peratus

Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

  • By Ithma
  • October 9, 2026
Tiga premis diserbu, KPDN Sandakan sita daun terup tiruan bernilai RM55,079

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat