Banjir: Tujuh stesen pemancar, 42 NADI terjejas di Kelantan dan Terengganu – MCMC

KUALA LUMPUR – Banjir buruk yang melanda negeri Kelantan dan Terengganu telah mengakibatkan tujuh stesen pemancar dan 42 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) masih terjejas.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, setakat pukul 10 pagi tadi, enam stesen pemancar yang terjejas di Kelantan ialah di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah. Manakala di Terengganu, sebuah stesen pemancar terjejas iaitu di Hulu Terengganu.

Menurut MCMC, daripada 42 NADI yang terjejas, 27 adalah di Kelantan, dan 15 di Terengganu.

“Kesemuanya terpaksa ditutup akibat ditenggelami air dan putus bekalan elektrik. Akses ke lokasi-lokasi NADI juga terhalang.

“Bagi memastikan mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut dapat terus berhubung melalui Internet, pihak MCMC Negeri telah menjalankan ujian liputan di beberapa PPS bagi memastikan liputan telekomunikasi berada pada tahap yang memuaskan,” kata MCMC.

MCMC juga berkata, dengan kerjasama penyedia perkhidmatan akan terus menjalankan pemantauan rapi di negeri-negeri yang terjejas akibat banjir khususnya infrastruktur telekomunikasi yang dianggap kritikal dan memastikan perkhidmatan telekomunikasi akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16