Kesedaran jaga alam semula jadi bermula peringkat awal

KUCHING – Kesedaran menjaga alam semula jadi perlu dipupuk bermula dari peringkat awal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Majlis, Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Prof Dr Sopian Bujang, penganjuran Program Pengasingan Pepejal peringkat sekolah rendah dan menengah bertujuan meningkatkan kesedaran daripada awal.

“Melalui program ini, kita dapat menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan pelajar sekali gus mendidik masyarakat mengenai program kesedaran alam semula jadi.

“Selain itu, kita juga turut mengadakan beberapa program kemampanan dalam usaha menuju ke arah tersebut.

Dr Sopian berkata, antara usaha memupuk kesedaran tersebut seperti menggalakkan orang ramai menjual minyak masak terpakai.

“Minyak masak yang terpakai dapat dijual pada harga yag sepatutnya sekali gus memupuk penjagaan alam sekitar.

Ujar Dr Sopian, minyak masak yang dibuang ke dalam anak sungai atau saliran air mampu memberi kesan yang buruk kepada kehidupan air.

Selaras dengan usaha Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), jelas Dr Sopian, kerjasama antara agensi kerajaan sangat penting dalam usaha melestarikan alam semula jadi.

“Kerjasama antara agensi kerajaan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat,” kata Dr Sopian ketika menyampaikan ucapan mewakili Pengerusi MPP Cr. Tan Kai di Sekolah Menengah Sains Kuching pada Selasa.

Program Pengasingan Pepejal peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan anjuran MPP yang bertujuan meningkatkan kesedaran alam semula jadi dalam kalangan pelajar.

Menariknya, Sekolah Menengah Sains Kuching pada kali ini dipilih sebagai tuan rumah bagi program tersebut.

Menurut Timbalan Pengerusi MPP dalam kenyataan rasminya, Cr. Abang Ismawi Abang Ali, pendidikan mengenai alam sekitar sangat penting dalam usaha meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar.

“Melalui pendidikan, kita dapat mengekalkan kehijauan dan kebersihan alam semula jadi terutama di kawasan Padawan,” katanya.

Difahamkan program tersebut diadakan selama enam bulan melibatkan guru dan pelajar untuk memberi kesedaran pengurusan sisa pepejal.

Related Posts

Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

SANDAKAN – Golongan muda perlu bersikap rasional dan berhati-hati dalam menilai lambakan maklumat di media sosial bagi mengelak terjebak menyebarkan berita palsu. Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

KOTA KINABALU – Masalah bekalan air yang dihadapi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri bagi membolehkan tindakan penyelesaian diambil secepat mungkin. Menteri Sumber Asli dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

  • By Fandi
  • September 15, 2026
Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

  • By Ithma
  • September 15, 2026
Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang