Isteri maut tercampak, van dipandu hilang kawalan, terbabas

LAHAD DATU – Seorang wanita maut selepas tercampak daripada van dipandu suaminya dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Lahad Datu – Tawau, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, dalam insiden pukul 7.20 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati sebuah van dipandu lelaki warganegara berumur 32 tahun bersama penumpang iaitu isteri, enam anak dan iparnya dari arah Lahad Datu ke Tawau yang melalui selekoh disyaki hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan kanan laluan bertentangan.

“Kemalangan mengakibatkan penumpang hadapan (mangsa) tercampak keluar dari kenderaan manakala pemandu dan tujuh penumpang lain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut sementara sampel darah pemandu van diambil untuk ujian alkohol dan dadah.

Dalam pada itu, Dzulbaharin menyeru individu yang melihat kemalangan berkenaan untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pemandu kenderaan dinasihat memandu secara berhemah dan berhati-hati terutama dalam keadaan hujan dan permukaan jalan yang licin agar tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan lain,” ujarnya.

  • Related Posts

    Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

    ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kestabilan politik pacu kesinambungan projek pembangunan mega di Limbang

    LIMBANG – Rakyat diseru untuk terus mengekalkan kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kemasukan pelaburan, kelancaran ekonomi serta pelaksanaan projek infrastruktur yang mampan di Sarawak. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

    Hayati semangat Deklarasi Permatang Pauh, jangan ada lagi persengketaan demi perkasa parti

    Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

    Pemansuhan AUKU buka ruang lebih luas kepada mahasiswa – Kamil Munim

    Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

    Cadangan pemansuhan AUKU dibawa ke Kabinet pada Rabu

    Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

    Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

    Dakwaan balas dendam bukan alasan menyekat lebih banyak siasatan RCI agensi kerajaan