Johor kekal larangan penjualan vape

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor masih lagi mengekalkan status larangan penjualan vape atau rokok elektronik di negeri ini.

Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, larangan yang dikuat kuasa sejak tahun 2016 itu masih terpakai terutama membabitkan urus niaga jual beli vape dan perisa yang mengandungi bahan nikotin.

Katanya, susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 29 November 2015, Johor secara rasmi menjadi negeri pertama di negara ini yang mengharamkan penjualan vape serta perisa peranti berkenaan yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

“Sehingga ke hari ini, PBT di Johor kekal tidak mengeluarkan lesen penjualan vape dan rokok elektronik. Johor masih terus menguatkuasakan larangan penjualan vape dan rokok elektronik di negeri ini.

“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap peniaga yang didapati masih degil melakukan urusan jual beli peranti berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini, semalam.

Sebelum ini, pada 19 November, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu.

Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan Persekutuan kekal dengan pendirian tidak mengharamkan penjualan vape pada peringkat nasional, namun menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan dasar masing-masing termasuk melarang penjualan vape, melalui PBT.

Sementara itu, minggu lalu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.

Baginda dilaporkan bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan