DSAT kotakan janji, saman Sanusi tuntut ganti rugi RM1 bilion

ALOR SETAR – DSAT Group Sdn Bhd telah pun menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Azizul Tandek berkata, beliau mengotakan janjinya untuk menyaman Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menyerahkan saman itu melalui peguamnya, Tetuan Gunaseharan & Linda berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi pada 7 November lalu di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

“DSAT GROUP dan Mahsuri Medical Centre (MMC) mengemukakan surat tuntutan ini bagi menuntut agar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka, menarik balik kenyataannya dan membayar ganti rugi sebanyak RM1 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) diberikan tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.

“Jika beliau gagal mematuhi segala tuntutan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, DSAT Group dan MMC akan memulakan prosiding di mahkamah dengan serta-merta tanpa memaklumkan kepada YAB Menteri Besar Kedah,” ujarnya lagi.

Pada Rabu lalu, The Malaysia Press melaporkan Muhammad Sanusi menyatakan beliau belum menerima LOD daripada DSAT Group berhubung kenyataannya tentang isu pengambilalihan pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 7 November lepas.

Beliau memaklumkan, saman dikemukakan syarikat terbabit kepada dirinya akan menjadi sejarah sekiranya ia benar-benar berjumlah RM1 bilion.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi menegaskan, kenyataan dibuat tentang pihak yang mahu mengambil alih kelab bola sepak terbabit adalah bersifat umum, sekali gus tidak ditujukan kepada syarikat atau individu tertentu.

“Saya kata apa dekat dia, saya pun tidak tahu. Saya tidak sebut nama dia, tidak sebut nama syarikat dia, saya pun tidak sebut siapa-siapa.

“Saya cuma sebut siapa nak ambil (alih KDA FC) jangan jadi scammer (menipu). Siapa makan cili dia rasa pedas. Takut dia tokak (gigit) cabai. Saya pun tak tahu dia tokak ke tidak,” katanya.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini