Lawatan kerja PM bawa potensi pelaburan hampir RM13 bilion – KSN

KUALA LUMPUR – Lawatan kerja rasmi Perdana Menteri membawa pulangan potensi pelaburan berjumlah RM12.8 bilion.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Bakar berkata, lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi, Mesir, Peru dan Brazil baru-baru ini mengangkat martabat Malaysia di persada dunia sebagai negara yang mendukung kesejahteraan sejagat.

“Kerjasama global juga mampu meningkatkan pelaburan dan perdagangan.

“Misi negara ke Peru berjaya menarik potensi pelaburan sebanyak RM1.2 bilion. Dengan Mesir, negara mencipta potensi eksport berjumlah RM4.8 bilion.

“Manakala persahabatan dua hala dengan Brazil bakal mengetengahkan Malaysia sebagai pintu masuk serantau untuk sub-sektor semikonduktor dan bakal menjana potensi eksport RM6.8 bilion.

“Apa manfaatnya kepada rakyat? Pelaburan mencipta pekerjaan baharu terutamanya yang berkemahiran tinggi, lantas meningkatkan gaji pekerja. Peniaga tempatan pula akan merasai kesan limpahan dalam bentuk peluang perniagaan. Pembangunan infrastruktur akan bertambah dan tahap sosio-ekonomi akan bertambah baik,” ketika berucap di sambutan dua tahun Kerajaan Madani dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 pada Sabtu.

Menurut beliau, ekonomi yang kukuh bermakna negara lebih makmur dan rakyatnya hidup dengan sejahtera. Inilah roh dan semangat Kerajaan Madani yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan tertinggi.

“Pembangunan dasar-dasar utama, contohnya Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), menggariskan perancangan Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi yang lestari.

“Dasar-dasar ini memberi manfaat kepada ekonomi Negara dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang berdaya saing tinggi,” katanya.

Pada majlis sama, Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam yang akan dimeterai oleh semua pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini adalah satu ikrar bahawa kita semua, di peringkat Persekutuan dan negeri bersatu hati untuk mengangkat martabat perkhidmatan awam yang berorientasikan kepentingan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof hadir turut hadir pada majlis itu.

Shamsul Azri yang genap 100 hari menjawat jawatan KSN pada Selasa lepas berkata, pelaksanaan reformasi yang lebih menyeluruh dapat dilihat tahun depan menerusi pengenalan ILTIZAM Perkhidmatan Awam yang akan diangkat sebagai satu akta di peringkat Persekutuan.

“Akta ini dirangka untuk memperkukuh struktur dan tatakelola yang telus, memastikan tindakan dan keputusan yang diambil adalah berasaskan kepentingan rakyat. Ia juga merupakan langkah proaktif untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan menoktahkan salah laku dan rasuah,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun