Jangan keliru dakyah pembangkang, Malaysia tak pernah iktiraf Israel

PUTRAJAYA – Masih ada pihak yang keliru selepas terpengaruh dengan dakyah bahawa Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pembentukan negara Israel.

Anwar berkata, pendirian Malaysia kekal iaitu tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara tersebut dan telah menyuarakan kezaliman rejim Israel terhadap Palestin di pelbagai platform antarabangsa.

‘Tiap langkah yang dibuat umpamanya, kita diiktiraf bukan kerana Perdana Menteri tetapi kerana negara ini aman, negara maju pertumbuhan. Dengan segera dengan satu nada.

“Jadi, bila sebut umpamanya masalah Gaza dan Palestin suara itu didengar. tetapi sementara satu dunia iktiraf, masih ada suara-suara yang menyatakan kita ini masih keliru untuk menyokong Israel,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi TownHall pada Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini

Turut hadir sama, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadhillah Yusof serta barisan Menteri yang lain.

Dalam pada itu Anwar menjelaskan, beliau tidak mahu berbalah mengenai dakwaan tersebut, malah menganggap ia hanya permainan politik.

“Saya nak tekankan di sini bahawa yang kita jelaskan adalah soal perubahan menyeluruh. Perubahan itu tidak mungkin akan berlaku tanpa komitmen semua.

“Sebab itu saudara lihat dalam beberapa perbincangan termasuk di Parlimen. Kita tidak terlalu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu,” katanya.

Related Posts

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

PUTRAJAYA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)  tidak seharusnya ditunggang oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik sempit atau membina persepsi liar sehingga menggugat keyakinan pendeposit.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat