Pembangkang terima royalti lebih tinggi dari kerajaan pusat

PUTRAJAYA – Pembayaran royalti kepada negeri pembangkang adalah jauh lebih tinggi daripada yang diambil oleh Kerajaan Pusat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka royalti kepada Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

“Dan kalau kita kumpulkan, lebih tinggi daripada jumlah royalti yang kita ambil. Tapi fakta itu, kadang-kadang tidak sampai di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi TownHall pada Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini

Turut hadir sama, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadhillah Yusof serta barisan Menteri yang lain.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, kerajaan mengambil pendekatan tidak melayan kerenah picisan yang mengkritik pentadbiran kerajaan sedangkan banyak negara luar mengiktiraf kejayaan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mengambil pendekatan tidak berselindung tetapi sebaliknya memberi penerangan terhadap persoalan yang diajukan.

“Kita jangan berselindung, kita perlu memberi kenyataan dan saya lihat ini antara kesungguhan kerajaan Madani untuk membersihkan nama negara.

“Kita mahu menamatkan amalan rasuah dan menggunakan ketegasan kepimpinan termasuk memastikan setiap dana memperoleh kelulusan perolehan melalui prosedur telus dan ini bukan mudah dilakukan dan memerlukan tekad politik yang kuat,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, kejayaan Kerajaan Madani memimpin negara sepanjang dua tahun ini adalah hasil kestabilan politik, dasar yang jelas serta komitmen perkhidmatan awam.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, rakyat negara ini telah menunjukkan kesediaan untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam melonjakkan Malaysia ke persada dunia.

“Satu kenyataan yang harus diingat kejayaan dimungkinkan kerana sistem politik yang stabil. Kestabilan itu berkat kerjasama pimpinan negara. Pelbagai anjakan dilakukan dan keberkesanan pelaksanaan dasar.

“Ini adalah kerana komitmen dan iltizam barisan penjawat awam yang menunjukkan kesediaan mereka lakukan reform dan perubahan. Pelaksanaan (program) jauh lebih cekap sekarang,” katanya.

Related Posts

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

PUTRAJAYA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)  tidak seharusnya ditunggang oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik sempit atau membina persepsi liar sehingga menggugat keyakinan pendeposit.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat