Bayaran saman masih tertunggak? Jom bayar dengan MyBayar Saman PDRM

TERLAJU tanpa sengaja, tiba-tiba tertangkap ‘speedtrap’ aduh ada ‘roadblock’ pula. Tak pasal-pasal dapat ‘surat cinta’ daripada PDRM. Tidak perlu runsing kalau tidak sempat bayar secara fizikal di kaunter PDRM, bayar sahaja secara dalam talian melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman PDRM yang diyakini telus lagi selamat daripada sebarang caj tambahan.

Dalam artikel kali ini, dikongsikan cara-cara membayar saman melalui aplikasi dan portal MyBayar Saman PDRM, malah bagi mereka yang mahu dapatkan diskaun pembayaran saman sebanyak 60 peratus, boleh kunjungi reruai-reruai PDRM di Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 bermula Jumaat ini.

Tawaran Diskaun Bayaran Saman Sempena Dua Tahun Kerajaan Madani

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 60 peratus ke atas saman trafik terpilih sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 bermula Jumaat ini.

Tawaran diskaun itu berlangsung pada 22 hingga 24 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan kaunter pembayaran dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari sepanjang program tersebut.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan diskaun terbabit tidak melibatkan kesalahan berat seperti saman lampu isyarat merah, penggunaan lorong kecemasan, memotong secara berbahaya dan memotong garisan kembar.

Selain itu, saman melibatkan kemalangan, non compound (NC), saman bicara mahkamah, saman lori, saman pengubahsuaian ekzos dan saman Ops Selamat juga tidak termasuk dalam penawaran tersebut.

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Selain kaedah bayar saman semasa diskaun berlangsung, pengguna juga boleh membayar saman seperti biasa secara dalam talian melalui portal rasmi Polis Diraja Malaysia, MyBayar Saman yang diuruskan. Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman:

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

Cara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman

Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayarSaman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details

iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara dalam talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

Related Posts

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

SUNGAI SIPUT – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) terus memperkukuh agenda pembangunan usahawan negeri apabila seramai 30 usahawan sekitar Jalong dan kawasan berhampiran menyertai Program Taklimat Bantuan Keusahawanan dan Pendaftaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cahaya matahari hasilkan bahan api dari sisa plastik

SEKUMPULAN saintis kini sedang membangunkan kaedah inovatif bagi menangani dua krisis global secara serentak, iaitu pencemaran plastik dan permintaan terhadap tenaga bersih, dengan menukarkan sisa plastik kepada bahan api menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat