Penjawat awam Sarawak terima elaun khas SSPA mulai Januari

KUCHING – Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian elaun khas bulanan kepada penjawat awam sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan elaun tersebut diberikan bermula Januari 2025 mengikut kumpulan gred.

“Elaun khas akan mengikut kadar seperti berikut, RM400 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga Gred 4 dan RM500 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 5 hingga Gred 8.

“Bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 hingga Gred 15 terima RM600 manakala Kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima elaun khas RM700,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan menerima pakai SSPA yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan semasa ucapan Belanjawan Negara.

“Ini melibatkan penambahbaikan dan penyelarasan gaji semua anggota perkhidmatan awam di Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap kebajikan golongan penjawat awam Sarawak.  

Related Posts

Tambang LRT3 laluan Shah Alam mula dikenakan hari ini

SHAH ALAM – Penumpang Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam bakal dikenakan tambang bermula hari ini selepas menikmati perkhidmatan percuma selama enam minggu. Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Selangor seru umat Islam hayati konsep ihsan terhadap makhluk Allah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru seluruh rakyat, khususnya umat Islam supaya menghayati dan memahami intipati Khutbah Jumaat bertajuk ‘Ihsan Terhadap Makhluk Allah SWT’ yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan leka pencapaian ekonomi, reformasi mesti diteruskan – Anwar

Jangan leka pencapaian ekonomi, reformasi mesti diteruskan – Anwar

Tambang LRT3 laluan Shah Alam mula dikenakan hari ini

Tambang LRT3 laluan Shah Alam mula dikenakan hari ini

Menongkah arus politik kaum, PKR mahu jadi parti rakyat – Anwar

Menongkah arus politik kaum, PKR mahu jadi parti rakyat – Anwar

Sultan Selangor seru umat Islam hayati konsep ihsan terhadap makhluk Allah

Sultan Selangor seru umat Islam hayati konsep ihsan terhadap makhluk Allah

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang