Isu Israel: Zalimnya pembangkang!

DALAM satu temu bual media antarabangsa, Perdana Menteri (PM) ditanya beberapa soalan sisipan berkenaan Israel.

Pertama, beliau dikemukakan soalan berkaitan kewujudan negara Israel.

Secara ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ibrahim) mengatakan “ya”, iaitu sememangnya Israel wujud sebagai sebuah negara.

Soalan itu soalan umum dan jawapannya juga jawapan umum, langsung tidak berkait dengan konflik di Tebing Barat dan keseluruhan negara Palestin.

Itu hakikat atau dalam erti kata yang lainnya, fakta.

Sudah tentu beliau tidak boleh berkata tidak, kerana Israel sememang wujud dalam peta dunia.

Bukti yang lain, Israel wujud sebagai sebuah kerajaan; lengkap dengan barisan kepimpinan dan sistem pentadbirannya.

Lebih daripada itu, Israel juga sebahagian daripada ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Itu fakta (hakikat), bukannya pendapat atau pandangan yang semudah-mudahnya untuk dikatakan “tidak!”

Kedua, DSAI dikemukakan soalan berkaitan hak Israel mempertahankan dirinya.

Secara ringkas DSAI mengatakan “ya” iaitu sesebuah negara termasuklah Israel berhak mempertahankan diri.

Dalam konteks ini, Israel secara dasarnya berhak berbuat demikian jika diancam.

Soalan itu soalan ini juga soalan umum dan jawapannya pun jawapan umum; bukannya setelah dikaitkan dengan kezaliman Israel ke atas Palestin.

Ketiga, PM Kesepuluh (PMX) kita itu dikemukakan soalan tentang pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Israel.

Soalan ini soalan tentang pendirian, bukannya tentang fakta umum.

Jawapannya pula terpulang kepada DSAI sebagai PM kepada sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia.

Jawapannya juga merupakan ‘word view’ atau sudut pandang rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Soalan dan jawapan kepada perkara ini tidak sama dengan soalan dan jawapan dua perkara sebelumnya.

Dalam konteks ini, secara tegas, PMX berkata “tidak!”

Demikianlah tiga soalan sisipan yang diajukan kepada PMX oleh media tersebut.

Malangnya, blok pembangkang di negara ini memanipulasikan sesi media itu dengan mengatakan PMX pro-Israel.

Didukung semangat beberapa pemimpin mereka yang bersifat ‘kepala masuk air’, soldadu siber pembangkang melancarkan serangan besar-besaran ke atas Kerajaan Perpaduan.

Dicipta pelbagai video, nota sebaran, lagu saduran, dan bahan kebencian yang lain melalui media sosial.

Seterusnya disebarkan kesemua wadah pembunuhan karakter itu secara bertubi-tubi tanpa mengira dosa pahala.

Yang penting bagi mereka, maklumat pertama yang memasuki pemikiran rakyat ialah perihal jahatnya PMX kerana menyokong Israel!

Mereka mengambil kesempatan atas kekurangan ketelitian majoriti rakyat dalam memungut dapatan isu seumpama itu.

Berhempas-pulas aktivis masyarakat yang prokebenaran memperbetul tanggapan orang ramai atas isu ini.

Sungguhpun begitu, tidak mudah untuk mereka (aktivis prokebenaran) mencapai misi tersebut kerana lumuran najis oleh pembangkang itu terlalu tebal dan baunya amat pengit!

Tindakan pembangkang itu kalaulah disengajakan; bukannya kerana mereka ‘bebal tahap gaban’, sangat zalim dan sangat menyimpang daripada ajaran Islam.

Mereka membiarkan syaitan dan iblis menguasai tindak-tanduk mereka sungguh pun mereka mengaku kononnya mereka pejuang Islam.

Malangnya, ‘ulama’ mereka diam seribu bahasa seolah-olah merestui kejahatan sedemikian.

Zalimnya pembangkang!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills