Nadma belajar dengan UAE urus krisis bencana lebih pantas – Zahid

KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) memanfaatkan peluang besar bagi Malaysia untuk mempelajari amalan terbaik Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis dan Bencana Nasional UAE (NCEMA) dalam memastikan kesiapsiagaan yang lebih komprehensif dan respons yang lebih pantas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, NCEMA mempunyai kepakaran yang luas dalam pengurusan krisis dan telah memainkan peranan penting dalam menyediakan dasar, latihan, serta sokongan teknikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana di UAE.

“Dalam lawatan rasmi saya ke Abu Dhabi, saya telah mengadakan pertemuan yang sangat produktif bersama Menteri Tenaga dan Infrastruktur Emiriah Arab Bersatu (UAE) Suhail Mohamed Al Mazrouei.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk kami membincangkan pelbagai peluang kerjasama, terutamanya dalam bidang pengurusan bencana yang sangat kritikal bagi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua buah negara.

“Salah satu aspek utama yang kami tumpukan dalam pertemuan ini adalah mengenai potensi kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis dan Bencana Nasional UAE (NCEMA).

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya melihat ini sebagai peluang besar bagi Malaysia untuk mempelajari amalan terbaik UAE dalam memastikan kesiapsiagaan yang lebih komprehensif dan respons yang lebih pantas,” kata Zahid dalam kenyataan media pada Khamis.

Di samping itu beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, mereka turut membincangkan peluang kerjasama dalam sektor halal, pensijilan dan perdagangan, serta inisiatif untuk memperkukuh usaha tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

“Selain itu, perbincangan kami turut menyentuh sektor Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), yang mana kerjasama ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran tenaga kerja kita.

“Semoga hasil daripada perbincangan ini dapat membentuk asas yang kukuh bagi hubungan Malaysia-UAE dan saya yakin perkongsian strategik ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala serta menyumbang kepada kemakmuran bersama dan pembangunan mampan kedua-dua buah negara,” ujar Zahid lagi.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung