Pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat Sarawak, Sabah dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal

KUCHING – Pertambahan bilangan ahli Dewan Rakyat Sabah dan Sarawak dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal untuk perbincangan dan penelitian lanjut.

Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 & Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, perkara itu sudah diputuskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu Bilangan 1 Tahun 2022 yang diadakan pada 8 Februari 2022.

“Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak berlandaskan peruntukan di bawah Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962 (Inter-Governmental Committee Report, 1962), khususnya pada Perenggan 3 dan 19(2),” jelas beliau.

Tambah beliau, kadar jumlah kerusi di Dewan Rakyat yang diperuntukan kepada Sabah dan Sarawak tidak boleh dikurangkan (kecuali disebabkan oleh pemberian kerusi kepada mana-mana negeri baru) dalam tempoh tujuh tahun selepas Hari Malaysia tanpa persetujuan kerajaan negeri yang berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa.

Sementara itu, Sharifah Hasidah menjelaskan kerajaan Sarawak berpandangan agihan kerusi di Dewan Rakyat yang dimiliki Singapura harus diberikan kepada Sarawak dan Sabah.

“Ini memastikan jumlah 35 peratus kerusi seperti pada1963 dapat dikekalkan, selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” jelas beliau lagi.

Selain itu, beliau memberitahu perbincangan akan diadakan semula antara Jabatan Peguam Negara dengan Jabatan Peguam Besar Sarawak dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah bagi meneliti tafsiran terma ‘safeguard’ (constitutional safeguards) kepada Sarawak dan Sabah yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan IGC 1962 dari sudut aspek perundangan.

Related Posts

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU – Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol