APMM gagalkan cubaan seludup minyak petrol ke Filipina

KUDAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya mengagalkan cubaan penyeludupan keluar minyak petrol ke Filipina pada baru-baru ini.

Komander Maritim, Maurice Grenville Abeyeratne berkata, pihaknya dalam rondoan OP SEJAHTERA/ OP PLUTO TIMUR 2/2013 / OP CEGAH PATI 1/2022 dan OP TIRIS 3.0 berjaya menahan dua individu yang menaiki dua buah pam bot yang disyaki cuba menyeludup keluar 5,000 liter minyak petrol ke Filipina di dalam 25 tong berwarna biru tanpa sebarang permit yang sah.

“Dua suspek berumur dalam lingkungan 35 dan 30 tahun merupakan warga tempatan dan warga Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dikesan mengendalikan bot berkenaan yang sedang bergerak dalam gelap.

“Semasa cuba dihampiri APMM, bot suspek bertindak memecut laju menuju kawasan cetek cuba meloloskan diri dan kemudian berjaya dikesan bersembunyi di kawasan cetek di kedudukan sekitar 0.01 batu nautika timur Karamunting, Pitas pada kira-kira pukul 11.50 malam.

“Kedua-dua suspek serta barang rampasan dianggarkan bernilai lebih RM10,00 seterusnya dibawa dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut, dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Imegrisen 1959/63,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Tambahnya, dalam kejadian berasingan, Zom Maritim Kudat turut berjaya menahan sebuah bot tunda yang melakukan aktiviti tunda pukat di bawah tiga batu nautika dari pantai.

“Hasil daripada maklumat pihak SWASLA Sabah kes disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Untuk itu, Zon Maritim Kudat juga menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti Maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Related Posts

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU – Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih
  • AdenAden
  • September 27, 2026

​KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengesan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kes ragut membabitkan seorang wanita di hadapan pasar pagi Kampung Baru Semenyih, di sini kelmarin. ​Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang