Hampir RM500,000 peruntukan kecemasan diluluskan baiki bumbung rosak

KULAI – Kerajaan Negeri Johor meluluskan peruntukan kecemasan bernilai RM485,000 bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung di Flat Cengal, Taman Putri Kulai, di sini selepas musnah dalam kejadian ribut baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, jumlah yang dinyatakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi itu disalurkan melalui Tabung Bencana Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri.

Menurut beliau, kerja membaik pulih bumbung yang rosak di lebih 10 buah unit bangunan itu dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kulai dan dijangka hampir siap tidak lama lagi.

“Berdasarkan tinjauan, keadaan bumbung memang rosak teruk di lebih 10 buah unit bangunan ini dengan ada antara bangunan yang hilang separuh daripada bumbung.

“Kerja-kerja baik pulih bumbung ini dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan ini,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan