DUN Sarawak lulus RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2024

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengagihan Gas (Pindaan) 2024.

Pindaan tersebut menandakan langkah berani ke arah pengembangan ekonomi hidrogen di Sarawak.

Kelulusan pindaan RUU tersebut diumumkan oleh Timbal Speaker DUN Sarawak, Datuk Idris Buang selepas menerima sokongan 22 ADUN.

Sebelum ini, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi membentangkan 22 ADUN sebelum RUU tersebut diluluskan.

Menurut beliau, pindaan RUU tersebut membolehkan kerajaan Sarawak melantik pengawal selia yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen pelbagai aktiviti berkaitan hidrogen termasuk penjanaan, penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran di seluruh Sarawak.

“Meluluskan RUU ini bukan sekadar langkah kawal selia tetapi langkah transformatif untuk memastikan Sarawak menjadi peneraju ekonomi hidrogen,” ujar beliau dalam ucapan penggulungan bacaan kali ketiga RUU di Persidangan DUN Sarawak ke-19 pada Isnin.

Selain itu, beliau menegaskan pemindahan ordinan ini memperlihat komitmen Sarawak melaksanakan hak dan bidang kuasa undang-undang dalam pengurusan sumber dan rangka kawal selia.

“Pematuhan kepada undang-undang menjadi asas penting dalam memastikan kerjasama federalisme di negara ini serta menghormati hak negeri dalam perkara berkaitan pengedaran gas,” jelas beliau.

Beliau juga menyeru semua pihak yang beroperasi di Sarawak agar mematuhi rangka kawal selia Sarawak seiring aspirasi menjadikan negeri berasaskan tenaga bersih.

“Pematuhan Ordinan Pengagihan Gas bukan sahaja menyokong pembangunan sumber secara mampan tetapi mengukuhkan asas kerjasama persekutuan kita,” kata beliau lagi.

Related Posts

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud meneruskan komitmennya menghargai kecemerlangan akademik apabila menganjurkan Anugerah Cemerlang Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Parlimen Sepanggar bagi tahun keempat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

KOTA KINABALU – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) yang dijadual dibahaskan di Parlimen pada 11 Ogos ini perlu diberi perhatian serius bagi memastikan fakta sebenar dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

Mustapha rai pelajar cemerlang STPM daerah Sepanggar kali keempat

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

RCI Tabung Haji dibahas 11 Ogos, Ahli Parlimen diminta teliti fakta sebenar

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Paip pecah, laluan Pujut Corner ke Bulatan GK ditutup sementara

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN