Singkir segera Israel daripada PBB, Anwar beritahu dunia

MASYARAKAT antarabangsa tiada pilihan selain menuntut tindakan pantas dan berkesan termasuk sekatan, penggantungan dan juga pengusiran Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Kenyataan Negara bagi pihak seluruh rakyat Malaysia di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan kekejaman Israel dengan pengusiran dan sekatan segera bahkan melabel tindakan negara itu sebagai tidak bertamadun.

“Alhamdulillah, saya telah sampaikan Kenyataan Negara bagi pihak seluruh rakyat Malaysia di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.

“Saya mulakan dengan mengakui bahawa keadaan yang dihadapi dunia Islam dan ummah pada saat ini adalah yang paling sukar dan mencabar.

“Namun, masih terdapat usaha berterusan yang dilakukan bagi mencari titik noktah kepada segala keganasan, kemusnahan dan kesengsaraan yang dihadapkan kepada warga Palestin.

“Israel tidak tergolong dalam negara yang bertamadun, dan kebiadabannya menuntut tindakan dan prinsip tegas untuk melindungi bukan sahaja Timur Tengah, tetapi seluruh tatanan global.

“Israel juga telah melampaui batas, melampaui akal, melampaui kemanusiaan dan secara terang-terangan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Tegas Anwar, pembantaian ini menyebabkan kita tiada pilihan selain menuntut tindakan pantas dan berkesan masyarakat antarabangsa termasuk sekatan, penggantungan dan juga pengusiran.

Malah katanya, mereka kini telah menyerang nadi utama bagi kelangsungan hidup Palestin dengan menyasarkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

“Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dengan pantas dan tegas. Sebagai langkah segera, kita perlu mendesak, dan membina konsensus untuk menggantung bahkan menyingkirkan, Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Bukan sahaja demi rakyat Palestin, tetapi juga demi kemanusiaan sejagat.

“Kita wajib menghukum dan mencegah pelanggaran undang-undang serta norma antarabangsa yang dilakukan berulang kali oleh Israel,” desak Anwar.

Bahkan katanya, rentetan kekejaman ini telah pun merebak ke beberapa negara termasuk Lubnan dan Iran.

“Jika dunia berpaling pada saat ini, keganasan ini tidak akan kekal terhad. Malah ia pasti akan menyemarak dan mengancam rantau ini termasuk ke keseluruh dunia.

“Adalah penting untuk menggandakan usaha membantu membangunkan semula Gaza daripada kehancuran. Yang amat penting ialah melaksana rencana ini tanpa sebarang kelewatan.

“Kita mesti bersama, bukan sahaja sebagai umat Islam tetapi juga sebagai sesama insan, bersatu serta berpegang kepada kebenaran untuk dunia yang lebih aman dan lebih baik bagi anak-anak kita serta generasi yang akan datang,” seru Anwar.

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur