Masyarakat Siam Kampung Kubang Tiga tak puas hati khidmat MPKK

PADANG BESAR – Masyarakat Siam di Kampung Kubang Tiga di sini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi ahli Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) di kawasan itu yang dianggap gagal menjalankan tugas dengan baik.

Menurut wakil komuniti tersebut, Chongkul, 39, berkata, penduduk kampung mendakwa ahli MPKK yang dilantik oleh kerajaan negeri tidak menunjukkan kecekapan sewaktu menghadapi situasi kecemasan, terutamanya semasa banjir yang melanda kawasan itu baru-baru ini.

“Kita lihat ketika banjir berlaku tempoh hari, MPKK tidak begitu cekap membantu masyarakat yang terjejas dan memerlukan bantuan segera.

“Kelemahan ketara dapat dilihat dalam pengurusan bantuan kecemasan dan pengagihan barangan keperluan asas kepada penduduk kampung semasa bencana berlaku,” katanya yang juga Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar.

Jelasnya, ramai penduduk kampung terpaksa bergantung kepada usaha sendiri dan sokongan sesama komuniti kerana MPKK lambat bertindak.
Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana mereka dilantik untuk menjaga kebajikan masyarakat.

Menurutnya, selain isu banjir, aduan mengenai isu seperti gangguan bekalan air yang membelenggu masyarakat kamlung itu juga gagal diselesaikan dengan baik oleh MPKK.

Selain itu, MPKK dilantik sepatutnya menjadi jambatan penghubung antara masyarakat kampung dan pihak berkuasa, namun peranan itu kelihatan tidak berkesan.

“Penduduk kampung juga memberitahu agar MPKK perlu tinggal di kawasan di mana dia di tugaskan dan bukannya tinggal jauh dari kawasan Kampung Kubang Tiga.

“Ada juga penduduk yang memerlukan cop MPKK untuk urusan sekolah terpaksa pergi mendapatkan cop dari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di Kampung Belukar Lenga yang terletak bersebelahan kerana sukar bertemu,” ujarnya.

Masyarakat Siam di Kampung Kubang Tiga berharap kerajaan negeri mengambil maklum akan perkara ini dan mengambil tindakan tegas terhadap kelemahan MPKK agar komuniti itu tidak berasa dipinggirkan.

Selain itu, Chongkul menyuarakan hasrat penduduk kampung agar maklumat mengenai bantuan, dana atau geran Bumiputera dapat disalurkan dengan tepat kepada golongan sasar di kampung tersebut kerana masih ramai masyarakat Siam tidak mendapat maklumat mengenai perkara tersebut.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng