Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang teruja untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini berpeluang mendapatkan tiket serendah RM200.

Kadar khas itu ditawarkan khusus kepada warganegara yang memiliki MyKad bagi enam kategori tempat duduk, dengan harga antara RM200 hingga RM2,083.40.

Menurut maklumat di laman sesawang rasmi GP Bahrain, pilihan paling murah ialah Hillstand G pada harga RM200, manakala Hillstand B dan Hillstand C masing-masing ditawarkan pada RM809.60.

Bagi kategori grandstand pula, tiket Grandstand F berharga RM1,291.40, Grandstand K1 RM1,386 dan Grandstand Utama RM2,083.40.

Grandstand Utama, K1 dan F menyediakan tempat duduk serta ruang tontonan berbumbung, manakala Hillstand B, C dan G merupakan kawasan terbuka berumput.

Kadar khas berkenaan hanya boleh dinikmati pemegang MyKad dan pengesahan akan dilakukan bagi memastikan pembeli memenuhi syarat ditetapkan.

Urus niaga pembelian tiket diproses dalam dinar Bahrain berdasarkan kadar pertukaran semasa. Tiket diskaun yang tidak sepadan dengan MyKad sah atau gagal memenuhi kriteria kelayakan boleh dibatalkan.

Kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun pula layak menerima diskaun 25 peratus, kecuali bagi Hillstand G, manakala kanak-kanak bawah tiga tahun boleh masuk secara percuma tanpa tempat duduk diperuntukkan.

Penganjur memaklumkan pihaknya sedang berusaha menambah baik pengalaman pembelian dalam talian dan meminta peminat mengikuti saluran media sosial rasmi untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai ketersediaan tiket.

Bagaimanapun, tiket masih boleh diperoleh melalui pusat panggilan GP Bahrain di +973 1745 0000. Sebagai perbandingan, harga antarabangsa bagi tiket tiga hari Grandstand Utama ialah AS$565.40 (RM2,310.45), Grandstand K1 AS$376.20 (RM1,537.30), Grandstand F AS$350.90 (RM1,433.92), manakala Hillstand B dan C masing-masing AS$220 (RM899.01).

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan