2,100 mahasiswa B40 di Selangor nikmati laptop percuma Sepintas

SKIM pinjaman komputer riba Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah berjaya diberikan kepada 2,100 mahasiswa institusi pengajian tinggi di negeri itu sejak Oktober 2022 hingga September 2024.

Ketua Bahagian Unit Korporat PPAS Zafrullah Aris berkata, skim yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Teknologi Asas (Sepintas) itu telah berjaya dimanfaatkan sekali gus meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40) selain membawa tambah nilai kepada perkhidmatan perpustakaan sedia ada.

“Konsep pinjaman adalah sama seperti proses meminjam buku dalam tempoh enam bulan. Ia disediakan dengan melihat keperluan laptop tinggi disebabkan kaedah pembelajaran berubah sejak pandemik melanda.

“Program ini disediakan di 50 cawangan PPAS seluruh Selangor. Mereka juga boleh memperbaharui tempoh pinjaman hingga sebulan mengikut keperluan,” katanya dipetik Media Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, Zafrullah berkata, syarat permohonan adalah warga yang menetap di Selangor dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM8,000 sebulan.

“Permohonan boleh dibuat di laman sesawang PPAS yang akan ditapis serta bergantung stok yang sedia ada,” katanya.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam