Bersama jadikan Sandakan destinasi pilihan pelancong – Hajiji

SANDAKAN – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyeru kepada semua pihak termasuk industri pelancongan, usahawan, penggiat seni dan budaya serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkerjasama menjadikan Sandakan sebagai destinasi pilihan pelancong.

Beliau berkata, Sandakan adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan pemuliharaan warisan ini adalah antara usaha penting dalam menonjolkan potensi bandar ini sebagai Bandar Warisan bagi Sabah.

”Sejarah Sandakan sebuah bandar yang pernah dikenali dengan jolokan ’The Little Hong Kong’ pada suatu ketika dahulu dan kini menjadi pusat yang menyimpan khazanah warisan bersejarah yang sangat bernilai.

”Sejak tahun 2003, inisiatif Jejak Warisan Sandakan telah dilaksanakan untuk memulihara bangunan-bangunan bersejarah yang ada dengan tujuan menjadikan Sandakan setanding dengan bandar warisan terkenal lain seperti Pulau Pinang dan Melaka,” katanya semasa Majlis Perasmian Festival Sandakan Tahun 2024 yang memasuki edisi ke-22 di Padang Bandar Sandakan, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain.

Menurut beliau, selain daripada mengangkat elemen kebudayaan etnik, Festival Sandakan juga bertujuan memperkukuh perpaduan masyarakat, sejajar dengan tema yang dipilih, ’Simfoni Kepelbagaian’.

Beliau berkata, festival tersebut bukan sahaja bertujuan memperkenalkan keunikan sejarah dan budaya Sandakan, tetapi juga untuk mengukuhkan kedudukan bandar ini sebagai destinasi pelancongan utama di Sabah.

Tambahnya, sebagai pintu masuk ke destinasi ekopelancongan seperti Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, dan Taman Pulau Penyu, Sandakan memiliki daya tarik yang tidak dapat dinafikan.

”Pentingnya usaha berterusan untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan di Sandakan dengan kebersihan sebagai fokus utama.

”Kejayaan ini turut dikukuhkan dengan pencapaian Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang telah mendapat penarafan ’ASEAN Clean Tourist City Standards 2024-2026’ pada tahun ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam memelihara kebersihan dan membangunkan bandar ini,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus menyokong inisiatif-inisiatif untuk memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi di Sandakan, termasuk dengan memperkenalkan produk makanan laut yang menjadi tarikan istimewa daerah ini.

“Oleh itu, saya mahu acara sebegini akan diteruskan demi meningkatkan sektor pelancongan di Sandakan secara amnya,” ujar beliau.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar