Hubungan Persekutuan, Sarawak berada tahap  baik – Fahmi Fadzil

KUCHING – Hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak berada tahap yang sangat baik.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata hubungan baik itu berlandaskan kerjasama yang erat dan kesefahaman yang baik.

“Kemajuan yang besar dalam penyelesaian isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi bukti terhadap usaha sama yang dibina atas perpaduan dan keharmonian,” ujar Fahmi.

Tambah Fahmi, banyak jumlah perkara yang terkandung dalam MA63 yang berjaya diselesaikan. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas menghadiri Program Pemukiman Komuniti MADANI Sarawak 2024 pada Ahad.

Sementara itu, Fahmi berkata pencapaian ini menunjukkan komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak sentiasa diutamakan.

“Hubungan ini jelas menunjukkan kemesraan antara Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita sama-sama mahu melihat semua negeri dalam Malaysia berkembang maju dan rakyat memperoleh keadilan,” ujar Fahmi lagi.

Fahmi juga berharap agar hubungan baik ini sentiasa terpelihara daripada sebarang anasir negatif yang menimbulkan perpecahan.

“Saya berharap masyarakat tidak terpengaruh dengan sebarang anasir dan provokatif yang melaga-lagakan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak,” kata Fahmi lagi.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor