
TIADA isu mengenai tempoh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR, walaupun selepas memegang jawatan itu selama tiga penggal.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata ini kerana Anwar masih memegang jawatan pengerusi majlis pimpinan PH dan Kerajaan Perpaduan, yang membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)
“Tiada isu, kerana Anwar masih memegang jawatan Pakatan Harapan (PH) dan Majlis Rundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan. Jadi, tidak ada konflik dalam perkara itu.
“PKR memang ada had tiga penggal untuk jawatan presiden, tetapi buat masa ini tiada isu.
“Anwar boleh terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri sekarang malah untuk penggal akan datang,” kata Fahmi selepas melancarkan Hari Kurier Negara 2024 hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Menterinya Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Anwar memegang jawatan pengerusi PH sejak 2020.
Pada 7 Nov, Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh berkata Anwar akan meneruskan jawatan presiden PKR semasa pemilihan parti yang dijangka berlangsung tahun depan.
Ini berlaku selepas persoalan timbul sama ada penggal selepas pemilihan akan datang adalah yang terakhir Anwar sebagai presiden PKR.
Anwar memegang posisi ini sejak 2018, dan memandangkan kedudukannya ketika ini adalah dalam kerajaan.
ada 27 Okt, Anwar telah menggesa pemilihan PKR disegerakan.
Sementara itu, Fahmi berkata buat masa ini PKR belum memutuskan lagi tarikh untuk pemilihan parti.
PKR bakal melangsungkan pemilihan parti tahun depan dengan jawatan presiden dan timbalannya dipertandingkan.




