‘Hadi berlagak Tuhan persoal keikhlasan Anwar tak ambil gaji’

KUALA LUMPUR – Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan (JPPA) PKR, Amidi Abdul Manan berkata sekiranya ada pihak mempersoalkan keikhlasan niat Anwar, maka pihak itu seolah-olah berlagak seperti Tuhan yang lebih tahu berbanding malaikat dan nabi berkaitan isi hati manusia.

Amidi berkata hal ini kerana Perdana Menteri telah menyatakan tindakan tidak mengambil gaji berikutan keadaan ekonomi negara yang kurang sihat dengan bebanan hutang yang tinggi.

“Secara tersiratnya PMX (Perdana Menteri ke-10) percaya masih banyak wang negara yang boleh dijimatkan bagi memberikan manfaat yang lebih baik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam yang seakan-akan menyindir Perdana Menteri apabila membayangkan Anwar ingin dilihat lebih baik berbanding Nabi Muhammad SAW.

“Abdul Hadi mengkritik tindakan Perdana Menteri tidak mengambil gaji. Katanya ia tidak wajar kerana tidak selari dengan amalan Rasulullah SAW. Beliau menggunakan istilah lebih daripada Rasulullah SAW.

“Jika itu yang dimaksudkan, ia membawa erti tindakan Perdana Menteri tidak mengambil gaji adalah tidak selari dengan ajaran Islam,” kata Amidi.

Beliau turut menjelaskan para ulama berpandangan menjadi satu keharusan jika aajir (pekerja) tidak mengambil upah atas tujuan tertentu daripada musta’jir (majikan).

“Perbuatan tidak mengambil upah juga boleh dilihat sebagai suatu sedekah jika cukup syaratnya sama ada sedekah untuk pihak lain ataupun sedekah kepada majikannya,” katanya.

  • Related Posts

    Pasca PRN Negeri Sembilan: Adat, institusi diraja bukan modal rebut kuasa politik – Penganalisis

    ADAT dan institusi diraja tidak seharusnya dijadikan modal politik dalam perebutan kuasa, khususnya susulan kemelut politik Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan percaturan antara Barisan Nasional (BN)…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

    KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

    Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

    Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

    Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

    Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

    Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

    DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

    • By Aden
    • August 4, 2026
    DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa