Hadi jumud, salah tafsir prinsip ikhlas dalam Islam

TIMBALAN Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim, menyifatkan serangan dan hamburan Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menerima gaji Perdana Menteri memperlihatkan kejumudan serta salah tafsir terhadap prinsip ikhlas dalam Islam waima keperlembagaan.

Ujarnya, prinsip PMX bukan untuk mengatasi junjungan besar Rasulullah SAW, namun ianya sebagai mesej dan satu pengorbanan demi kepentingan rakyat yang sedang berdepan dengan situasi ekonomi mencabar.

“Islam tidak pernah menetapkan satu formula untuk menjelmakan sikap ikhlas. Bahkan dalam al-Quran, turut mengingatkan kita untuk mengutamakan niat dan tindakan yang jujur.

“Justeru, keputusan Anwar mengorbankan gaji beliau adalah langkah yang berpangkal dari niat dan hati yang terdalam. Bukan satu bentuk pameran berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya bertajuk ‘Islam Hadi yang menyoal nilai ikhlas’, pada Rabu.

Beliau, yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan, turut berkongsi beberapa keratan ayat al-Quran untuk menggambarkan sikap Ahli Parlimen Marang itu yang menurutnya bukan sahaja berbunyi dangkal dan terdesak, namun lebih parah turut mempersenjatakan agama bagi mencapai matlamat politik.

“Al-Quran mengingatkan kita, “Celakalah orang yang menulis Kitab dengan tangan mereka, lalu mereka berkata: ‘Ini daripada Allah,’ untuk menjualnya dengan harga yang murah.” (Al-Baqarah, 2:79).

“Menuduh PMX kononnya ‘menunjuk lebih’ daripada Rasulullah SAW bukan sahaja berbunyi dangkal dan terdesak, namun lebih parah turut mempersenjatakan agama bagi mencapai matlamat politik.

“Dalam konteks ini, menjadi satu kesalahan menyalahgunakan agama untuk memperlekeh ikhtiar PMX yang sebenarnya (tidak mengambil gaji) untuk kepentingan rakyat,” sangkal Kamil lagi.

Malah, tambah beliau, Islam sendiri menegaskan betapa kesempurnaan seorang pemimpin adalah yang memerintah dengan rasa tanggungjawab dan berani serta sedia berkorban.

“Ini yang cuba dijelmakan Perdana Menteri iaitu keinginan untuk melihat rakyat terbela melalui kekuatan ekonomi dan kesejahteraan berdasarkan prinsip yang baik. Bukan untuk memenuhi kepentingan peribadi atau memperagakan kedudukan.

“Islam turut menuntut umatnya untuk berkorban. Sekiranya kita sendiri tidak mampu lakukannya, usah perlekeh dan perkecilkan usaha serta niat orang lain,” ujarnya.

Lantaran itu, Kamil turut mengajak masyarakat Islam terutamanya untuk bersatu membenam sikap dan budaya politik jumud selain memahami tindakan dan niat Anwar itu bukan satu kemegahan tetapi sebagai cerminan teladan baik dalam memahami denyut nadi rakyat.

Sebelum ini, Presiden Pas itu membuat kenyataan seakan-akan menyindir Perdana Menteri apabila membayangkan Anwar ingin dilihat lebih baik berbanding Nabi Muhammad SAW dengan tidak mengambil gaji.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat