Kedai mamak tak jual rokok mulai tahun depan

PUTRAJAYA – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan menghentikan penjualan rokok di semua premis mereka menjelang tahun depan.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, mengumumkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat agung tahunan persatuan baru-baru ini.

Jawahar berkata, keputusan tersebut adalah selaras seruan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan merokok di premis makanan.

“Kami percaya ini adalah langkah yang betul untuk menyokong cadangan kementerian. Kami ingin bekerjasama dengan kementerian untuk menghentikan penjualan rokok di semua restoran ahli kami.

“Langkah ini juga akan meningkatkan kesedaran tentang kesan merokok,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 50 peratus pengusaha restoran di bawah Presma menghentikan penjualan rokok di restoran mereka dan persatuan melihat perkara ini sebagai langkah ke arah kesihatan dan kebersihan yang lebih baik.

“Presma juga memberi panduan kepada ahlinya mengenai cara memohon Sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kami menggalakkan pemilik restoran untuk mendapatkan pensijilan Bersih, Selamat, dan Sihat (BeSS) dari Kementerian Kesihatan bagi memastikan ahli mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Related Posts

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez dan Irwan ditahan SPRM petang tadi, akan direman Khamis

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK