JBPM aktifkan dua RFB hadapi MTL

KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengaktifkan dua Pangkalan Hadapan Wilayah (RFB) sebagai persiapan menghadapi musim monsun timur laut (MTL) yang dijangka bermula esok.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, RFB tersebut terletak di Zon Timur iaitu di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Terengganu dan di Zon Selatan iaitu di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Johor.

“RFB ini bersedia untuk atur gerak jentera dan peralatan penyelamatan serta penugasan sumber manusia bagi memastikan operasi penyelamatan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Integriti peringkat JBPM 2024 di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa JBPM juga bersiap sedia dari segi kekuatan sumber manusia dengan jumlah keseluruhan seramai 24,263 anggota.

Jumlah itu merangkumi 13,646 pegawai sepenuh masa, 2,196 pegawai bomba bantuan, dan 8,421 anggota pasukan bomba sukarela.

“Jumlah logistik darat pula melibatkan 293 buah utiliti pacuan empat roda, 86 van, 72 buah lori 5 tan, dan 49 buah lori 3 tan.

“Manakala aset logistik marin pula terdiri daripada kelengkapan pelbagai jenis bot yang sesuai untuk situasi bencana,” tambahnya.

JBPM juga turut mengaktifkan Pasukan Gerak Cepat Red Team yang terdiri daripada 22 pasukan untuk digerakkan dalam tempoh satu jam selepas arahan dikeluarkan bagi memantapkan kesiapsiagaan dan mempercepatkan masa respons sepanjang musim MTL.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa