Sikap Vivy Yusof mesej penting pelaburan dana awam perlu lebih selektif, berintegriti

PUTRAJAYA – Sikap usahawan fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof yang bersedia bertanggungjawab penuh atas kerugian dialami Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) memberi mesej penting terhadap masyarakat tentang keperluan akauntabiliti dalam dunia korporat.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, tindakan personaliti awam itu mengakui kesilapan dan meletakkan jawatan adalah langkah wajar yang boleh membantu memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem tadbir urus korporat.

Menurutnya, walaupun pelaburan syarikat itu yang menerima sumber kewangan daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) mencapai kegagalan, kebertanggungjawaban seperti itu sangat penting dalam membina kepercayaan orang ramai terhadap pengurusan dana awam.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim

“Kes Fashion Valet membawa pengajaran bahawa institusi pelaburan awam harus lebih selektif dalam pemilihan syarikat swasta untuk dilabur. Dasar dan rangka kerja untuk penggunaan dana awam harus diperketat dengan kriteria yang jelas bagi memastikan dana awam digunakan secara bertanggungjawab.

“Institusi seperti Khazanah dan PNB juga perlu melaksanakan pemantauan prestasi pelaburan secara berterusan serta memastikan akauntabiliti pihak pengurusan jika pelaburan tidak memenuhi jangkaan agar dapat mengukuhkan lagi keperluan untuk sistem pelaporan lebih telus dan tindakan tegas terhadap sebarang penyelewengan yang dikesan.

“Apa yang berlaku ini perlu menjadi titik permulaan bagi reformasi dalam pengurusan dan pelaburan dana awam, dengan penekanan kepada ketelusan, akauntabiliti, dan usaha wajar yang lebih ketat bagi mengelakkan insiden yang sama di masa hadapan,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hantaran Vivy pada Jumaat lalu yang akhirnya membuka mulut dan membuat permohonan maaf susulan tular berita kerugian dilaporkan ditanggung Khazanah serta PNB.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi jawapan bertulis bertarikh 28 Oktober yang disiar di laman sesawang Parlimen pada Selasa memaklumkan, Khazanah dan PNB hanya menerima RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet.

Mengulas lanjut, Jais berkata, proses usaha wajar yang lebih teliti perlu dijalankan sebelum meluluskan sesuatu pelaburan, terutama dalam sektor berisiko tinggi seperti e-dagang, susulan pelaburan melibatkan dana awam merupakan isu sensitif oleh masyarakat.

Jelasnya, keperluan buat Khazanah dan PNB memperkenalkan kajian komprehensif dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti analisis pasaran, daya tahan syarikat dan rekod prestasi pengurusan syarikat yang akan menerima pelaburan, selain proses usaha wajar perlu dilakukan pihak bebas bagi memastikan objektifnya tercapai.

“Bagi mengelakkan kerugian yang serupa, institusi yang mengurus dana awam perlu menerapkan dasar lebih ketat dalam hal akauntabiliti dan ketelusan, termasuklah proses usaha wajar lebih mendalam, yang tidak hanya menilai potensi keuntungan tetapi juga mengkaji kredibiliti dan rekod syarikat swasta yang menerima pelaburan tersebut.

“Tindakan seperti pengauditan yang telus, pendedahan berkala tentang prestasi pelaburan, dan mekanisme pengawasan bebas dapat menambah baik ketelusan dan mengurangkan risiko penyalahgunaan dana awam,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Marzuki berkata, tindakan Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar meletak jawatan sebagai pengasas bersama FashionValet dilihat sebagai bukan langkah bertanggungjawab, namun ‘lari’ daripada tanggungjawab.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Marzuki

Jelas aktivis politik itu, terdapat dua isu yang menjadi asas perdebatan iaitu bagaimana FashionValet memperoleh dana begitu mudah daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan entiti terlibat membuat pelaburan, namun rugi puluhan juta malah bertindak seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

“Syarikat Grab rugi masa pelabur melabur dan sebelum tersenarai pun rugi juga namun pelabur bertahan sebab ada potensi. Sekarang dah jadi Unicorn Singapura. Satu peluang disia-siakan. FashionValet daripada MyEG Services Bhd (MyEG) beri modal RM1 juta, Khazanah, RM27 juta dan PNB RM20 juta, masih tak cukup. Pelaburan dana awam tak ada perlindungan ke? Takkan labur ‘one-to-one’ macam itu saja.

“Bagi saya, rugi bukan isu utama kerana kalau ada potensi dan nilainya semakin tinggi, pelabur akan kekal. Kebiasaannya tentang siapa mendominasi, dana yang ada biasanya untuk geng elit politik.

“Ironi kes ini, yang bertanyakan di Parlimen ialah seorang wakil rakyat DAP. Harapkan pembangkang buat semak dan imbang, mereka lebih kalut dengan perkataan ketimbang,” katanya.

Related Posts

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid