Keselamatan rakyat dalam media sosial jadi keutamaan

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform berkenaan, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata isu keselamatan rakyat, terutama kanak kanak dan keluarga di media sosial yang semakin berleluasa tidak boleh dikompromi.

“Pihak Meta meminta lebih banyak masa untuk membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial, tetapi sejujurnya, kita (kerajaan) tidak boleh memberikan lebih masa.

“Kita menerima aduan daripada orang awam mengenai kewujudan kumpulan pedofilia dalam Facebook, yang jumlahnya telah mencecah puluhan ribu orang kerana beroperasi bertahun-tahun lamanya.

“Jadi, saya tidak faham mengapa mereka (Meta) mahu mempertahankan kumpulan scammer dan pedofilia ini.

“Kita sudah mengarahkan supaya platform media sosial dilesenkan, jadi berikan sahaja lesen itu,” katanya ketika ditemui Bernama di Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2024 di Lembah Pantai, hari ini.

Fahmi mengulas pertemuannya bersama pihak Meta semalam, di mana beliau menegur syarikat tersebut kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming), khususnya di platform Facebook.

Mengulas lanjut hari ini, Fahmi berkata perbincangan mengenai langkah menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak kanak telah dilakukan sejak awal tahun, dan beliau sendiri telah pergi ke Singapura untuk bertemu dengan pihak Meta.

“Untuk mengatakan kita tidak pernah berbincang dengan mereka adalah satu penipuan.

“Kita sudah berbincang, dan saya telah turun ke Singapura untuk bertemu mereka, tetapi mereka memberikan pelbagai alasan.

“Bagi saya, keselamatan rakyat Malaysia, terutama kanak-kanak dan keluarga, tidak boleh kita kompromi dalam hal ini,” katanya.

Pada Ogos, Fahmi memaklumkan berdasarkan garis panduan yang dibina bersama dan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mana-mana platform yang tidak mempunyai lesen selepas 1 Januari 2025 boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 126 akta tersebut.

Related Posts

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan membolehkan kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) digunakan menerusi pembayaran kod respons pantas (QR) di pasar tamu dan pasar tani. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Status ratusan Rohingya disemak selepas dipindah ke IPK Kuala Lumpur

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

SARA di pasar tamu, pasar tani melalui QR dikaji untuk Belanjawan 2027

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak