Ambil semangat Deepavali baiki kelemahan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri menggesa seluruh masyarakat mengambil semangat Deepavali untuk membaiki semua kelemahan dan kekurangan yang ada ketika ini.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Deepavali adalah satu pesta cahaya yang boleh menggantikan kegelapan kepada cahaya yang lebih bergemerlapan.

Dengan semangat Deepavali itu katanya, seluruh masyarakat boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan adil pada masa akan datang.

“Mudah-mudahan semangat Deepavali ini memberi ruang untuk masyarakat beragama hindu serta seluruh masyarakat untuk membawa Malaysia ke arah cahaya yang lebih bergemerlapan.

“Kita tahu semangat Deepavali ini adalah ‘festival of light’ iaitu menyemarakkan lampu (cahaya) menggantikan kegelapan. Ada sejarahnya rakyat malaysia perlu tahu.

“Sambutan ini tujuan dia untuk menyatakan bahawa hidup ini lebih daripada sekadar makan, minum dan kesejahteraan bersama, tetapi untuk meneruskan perjuangan ke arah kebaikan, keadilan dan masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menyeru rakyat memberi pandangan dan teguran ke atas setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada pentadbiran Kerajaan Madani.

“Kalau ada apa-apa kelemahan dan kekurangan, di sini ada menteri-menteri tolong beritahu mereka dan kita akan perbaiki .

“Ini kerana semangat kita dari yang gelap tuju kepada yang cerah, daripada kegelapan menuju cahaya, semangat Deepavali,” katanya.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama