KPMIC 2024 pupuk kecemerlangan jati diri pelajar

SIBU – Seramai 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu menyertai Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang (KPMIC) 2024 yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan potensi para pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Program KPMIC 2024 menawarkan pendekatan interaktif yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti Wacana Minda, Pergerakan Dalam Kumpulan (PDK), dan Latihan Interaktif Dalam Kumpulan (LIDK). Aktiviti ini direka untuk merangsang pemikiran kritis dan membina semangat ukhwah Islamiah dalam kalangan para pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan dan Invosi Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee menyatakan pelaksanaan Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMIC) dapat memupuk kecemerlangan akademik dan memantapkan jati diri sebagai pelajar Melayu Islam yang berjaya.

“Justeru itu, amat penting untuk membentuk ukhuwah Islamiah dan kemahiran berpasukan dalam kalangan pelajar. Para pelajar harus berusaha memajukan tingkat pencapaian pelajaran dan mengasah kemahiran masing-masing untuk berjaya.

“Pada 2026, pihak kerajaan Sarawak akan memberikan pendidikan tinggi percuma untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi milik kerajaan di lima institusi tinggi milik kerajaan negeri iaitu Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS, dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs),” ujar belaiu ketika berucap pada Perasmian Penangguhan KPMIC Siri 2 yang bertempat di dewan SMK Agama Sibu pada Sabtu.

Annuar turut menzahirkan harapan agar usaha menganjakkan nilai akademik dalam kalangan pelajar Melayu ini mendapat keberkatan serta dapat melahirkan generasi yang berilmu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Dengan keberhasilan KPMIC 2024, pelajar Melayu Sarawak mampu mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan menjadi generasi yang berdaya saing serta berkualiti.

Program ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik tetapi juga kepada pembangunan sahsiah pelajar untuk masa depan yang lebih cerah.

Turut hadir Pegawai Bahagian Pendidikan Agama dan Sosial Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Awangku Azizul Awangku Omar; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Agama Sibu, Wan Ahmad Faisal Wan Zakaria dan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Agama Sibu, Fathulah Hamka Jamel.

Related Posts

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

SHAH ALAM – Permohonan pembiayaan tanpa kadar keuntungan menerusi inisiatif DANA Pantas di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 akan dibuka mulai Ogos ini dengan peruntukan keseluruhan RM20…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal

Sambutan pengundi DUN Larkin positif, Suhaizan seru keluar mengundi awal