Kanak-kanak 5 tahun ditemukan rentung

TAWAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 38 buah rumah yang terbakar sepenuhnya di Kampung Jati Batu lima, Tawau, pada Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Sulaiman MD Salleh berkata, mangsa ditemukan rentung pada pukul 4.50 pagi dalam kejadian kebakaran rumah jenis tidak kekal dengan luas keseluruhan 1.57 ekar.

“Mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Sebelum itu, pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan (MERS999) pada pukul 12.55 tengah malam tiba di lokasi dalam tempoh 15 minit bergegas menjalankan operasi pemadaman.

“Operasi berkenaan dilakukan dengan satu aliran dan dua pancutan 1200 kaki menggunakan sumber air dari tangki jentera dan air terbuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambah beliau, seramai 27 anggota bomba dari BBP Tawau dibantu enam anggota Persatuan Bulan Sabit Merah bersama enam jentera penyelamat menjalankan operasi berkenaan.

Katanya, operasi dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 2.28 pagi dan ditamatkan pada pukul 5.59 pagi setelah dipastikan tiada lagi bahaya.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran