JIM Kelantan tahan 65 PATI di sekitar Kota Bharu, Tanah Merah

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menahan 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui Ops Sapu/Kutip/Belanja yang dijalankan di sekitar Kota Bharu dan Tanah Merah.

Timbalan Pengarah JIM Kelantan (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, tangkapan itu membabitkan 41 warga Bangladesh, 10 warga Pakistan, lapan warga Thailand dan enam warga Indonesia yang mana dua daripadanya adalah wanita.

Katanya, sepanjang operasi itu, seramai 69 individu diperiksa serta membabitkan 13 buah premis manakala kesemua PATI yang ditahan adalah berusia antara 16 tahun hingga 42 tahun.

“Bertindak atas hasil risikan daripada bahagian penguat kuasa, anggota bertugas memulakan operasi pada jam 2 petang tadi, dengan kekuatan 18 pegawai serta anggota JIM Kelantan.

“Antara lokasi operasi adalah di persimpangan lampu isyarat Wisma Persekutuan Jalan Bayam dan Tendong, di sini, selain beberapa premis di Kampung Jelatok, Kampung Pintu Geng, Kampung Cherang, Kampung Badang dan Kampung Paya Bemban, di sini.

“Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Nik Akhtarulhaq berkata, pihaknya menggesa setiap majikan untuk menggaji warga asing yang mempunyai pas yang sah dan mengingatkan supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI.

Bagaimanapun , JIM Kelantan akan terus menggiatkan lagi operasi membanteras warga asing yang masuk ke dalam negara secara tidak sah kerana ia menyalahi undang-undang yang sudah ditetapkan.

Related Posts

ASEAN perlu perkukuh kerjasama hadapi kecemasan kesihatan, bencana – Hanifah

MIRI -Negara anggota ASEAN perlu memperkukuh kerjasama dan perkongsian kepakaran bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan kesihatan awam, bencana alam serta cabaran akibat perubahan iklim. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina: Keputusan 15 Januari 2027, hujahan bertulis 15 Disember

KOTA KINABALU – Keputusan inkues kematian Zara Qairina Mahathir dijangka akan diumumkan pada 15 Januari 2027, manakala semua pihak perlu memfailkan hujahan bertulis selewat-lewatnya pada 15 Disember ini. Wakil peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ASEAN perlu perkukuh kerjasama hadapi kecemasan kesihatan, bencana – Hanifah

ASEAN perlu perkukuh kerjasama hadapi kecemasan kesihatan, bencana – Hanifah

Inkues Zara Qairina: Keputusan 15 Januari 2027, hujahan bertulis 15 Disember

Inkues Zara Qairina: Keputusan 15 Januari 2027, hujahan bertulis 15 Disember

99 peserta ASEAN sertai latihan simulasi ancaman biologi di Miri

99 peserta ASEAN sertai latihan simulasi ancaman biologi di Miri

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam