JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kedua-dua individu itu ditahan kira-kira pukul 6 petang bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kes berkenaan sebagai bahan spekulasi sehingga mengaibkan individu terbabit.

“JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran memaparkan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah van milik JAIS berada di kawasan tempat letak kereta sebuah premis.

Hantaran itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan sindiran dalam talian sebelum JAIS mengesahkan penahanan dua individu berkaitan kes khalwat berkenaan.

Bagaimanapun, JAIS tidak mendedahkan identiti individu yang ditahan dalam kenyataan itu.

Related Posts

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

TEMERLOH – Seramai 14 individu ditahan manakala 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu besar-besaran di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur, malam tadi. Operasi yang dijalankan dari jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki cedera, lori terbabas dan terbalik di Jalan Sibu-Bintulu

SIBU – Dua lelaki berdepan detik cemas dan mengalami kecederaan selepas sebuah lori jenis Isuzu yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di tepi jalan di Kilometer 114, Jalan Sibu-Bintulu, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

14 ditahan, 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu di R&R Temerloh

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis

City sasar kekal prestasi, United dalam krisis