Belanjawan Negeri 2025 Perak dibentang Nov ini, sasar tidak berhutang menjelang akhir tahun

IPOH – Dalam mengorak langkah pengurusan kewangan negeri yang lebih baik dan mampan, Kerajaan Negeri Perak bakal membentangkan Belanjawan Negeri 2025 defisit yang dijangka pada November depan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, belanjawan defisit bukan merujuk atau bermakna kelemahan namun sebaliknya ia menunjukkan langkah kerajaan negeri berbelanja dalam ruang lingkup kemampuan.

Ujarnya, belanjawan yang dibentangkan sebelum ini defisit RM67 juta dan menjelang hujung tahun ini, beliau yakin Perak akan mencapai surplus atau kata lain tidak berhutang.

“Kita yakin akan mencapai surplus pada hujung tahun ini.

“Kerana kita punya hasrat iaitu tidak mahu mewariskan hutang kepada generasi akan datang,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, belanjawan defisit juga akan membantu meningkatkan lagi produktiviti kerja kakitangan kerajaan negeri khususnya yang terlibat dengan pungutan cukai.

“Untuk pastikan tiada hutang, sudah pasti mereka akan bekerja lebih keras. Secara tidak langsung, ia akan menjadi motivasi kepada mereka dalam mendapatkan pendapatan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Ngopi Siswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Bersama Cikgu Saarani serta Penyerahan Wakalah Anak Syarikat Yayasan Perak di Miker Avenue, Silveritage, Medan Gopeng, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah serta Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan.

Terdahulu, pada program sama, Saarani turut menyempurnakan penyampaian bantuan wakalah Anak Syarikat Yayasan Perak, YP Nominees Holdings Sdn Bhd sebanyak RM500 setiap seorang kepada 100 mahasiswa USAS dan UPSI.

Turut diraikan 10 penerima Insentif Siswa Yayasan Perak yang merupakan pelajar-pelajar di peringkat Sijil sehingga Ijazah Sarjana Muda.

Yayasan Perak telah meluluskan penyerahan bantuan sebanyak RM3.36 juta kepada 4,556 penerima manfaat pada tahun ini sehingga September.

Menurut Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum, pihaknya berharap agar peruntukan Insentif Siswa Yayasan Perak pada tahun 2025 dapat dinaikkan berbanding RM6.0 juta pada tahun 2024.

Ujarnya, peningkatan itu akan memberi manfaat lebih banyak lagi kepada anak-anak Perak yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) nanti.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok