17 warga China diambil keterangan insiden kibar bendera China di Menara Condong

IPOH – Berhubung isu mengibarkan bendera China sewaktu perarakan yang diadakan di dataran Menara Condong Teluk Intan, polis Perak telah mengambil keterangan daripada 17 orang warga China, pada petang Jumaat.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, yang mengesahkan perkara itu berkata, polis telah mendapat kebenaran untuk menyiasat (OTI) yang dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menahan dan mengambil keterangan daripada semua warga China terbabit.

Jelasnya, kesemua mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia antara 40 hingga 61 tahun serta tiga penganjur warga tempatan.

“Kita hanya ambil keterangan warga China terbabit dan kertas siasatan akan dibawa kepada TPR untuk tindakan susulan.

“Salinan pasport mereka juga turut diambil dan kita akan menghubungi pihak kedutaan untuk memaklumkan status terkini siasatan,” katanya kepada media pada Majlis Festival Kesenian Islam Nasyid Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya mendapati seramai 200 peserta yang menyertai perarakan itu terdiri daripada pelbagai negara dan memang ada peserta yang membawa bendera mewakili negara masing-masing seperti Thailand dan Vietnam.

“Justeru, kita akan meneruskan siasatan sama ada negara lain turut terlibat dalam perarakan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Azizi memaklumkan penganjur ada menghantar notis berhubung program tersebut pada 2 Oktober lalu dan polis telah mengeluarkan syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bagaimanapun, ujarnya, pihak penganjur telah melanggar syarat dan disebabkan itu polis akan mengambil tindakan lanjut.

Petang tadi, Azizi mengesahkan telah memanggil penganjur perarakan tersebut serta meminta mereka mengemukakan semua peserta warga asing yang dipercayai dari China untuk membantu siasatan.

Susulan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana melanggar syarat permit dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 (Akta 193) kerana mempamerkan mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam.

Sementara itu, dalam kenyataan lain, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekiranya tindakan mengibarkan bendera China berhampiran Menara Condong Teluk Intan pada Sambutan Guan Gong sebagaimana dalam video tular dilakukan rakyat negara itu sendiri, ia disifatkan tiada masalah.

Malah ujarnya, ia bukan suatu perkara yang seharusnya dijadikan isu sekiranya ia bukan sebagai suatu kesalahan atau jenayah.

Mengambil contoh situasi di luar negara, beliau berkata, rakyat Malaysia juga adakalanya mengadakan perhimpunan dan mengibarkan Jalur Gemilang ketika berada di negara asing.

Namun tegas beliau, sekiranya terdapat rakyat tempatan yang turut mengibarkan bendera China itu ia disifatkan sebagai tindakan salah kerana memberi gambaran seperti mengagung-agungkan negara asing.

Ketika ditanya tentang tindakan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan isu berkenaan, Saarani mengulangi pandangan bahawa isu berkenaan seharusnya tidak perlu sekiranya ia bukan suatu jenayah.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua, berkata, perbuatan itu dilakukan rombongan yang berasal dari China dan tidak membabitkan warga Malaysia.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak