Sarawak mahu tingkatkan kemahiran kerja anak tempatan

KUCHING – Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) sentiasa menunjukkan komitmen dalam usaha memperkasa dan memacu bakat tempatan dan sosioekonomi yang mampan dalam pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Menurut kenyataan Recoda, penganjuran Program Pembangunan Profesional Berterusan Industri (iCPD) merupakan usaha bersama antara Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (Mintred) dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Recoda.

Selain itu, acara penting ini menghimpunkan peserta dari pelbagai agensi kerajaan, rakan industri, dan bakat tempatan bagi memperkasa pembangunan profesional dan meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja di Sarawak.

Edisi iCPD kali ini menampilkan sesi perkongsian oleh organisasi terkemuka seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Human Resource Development Corporation (HRDCorp), MPC, Chemsain HRD Sdn Bhd dan Sarawak Skills.

Selain itu, beberapa topik yang dibincangkan seperti kursus latihan industri, pengiktirafan pembelajaran berdasarkan pengalaman (RPEL), serta piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Program ini turut menyediakan sesi klinik bersemuka yang mana peserta berpeluang mendapatkan nasihat berharga dan pandangan daripada pakar industri dan pendidik.

Pendekatan interaktif ini bertujuan melengkapkan rakyat Sarawak dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dan bersedia untuk kerjaya jangka panjang yang berjaya.

Data yang dikumpul sepanjang acara ini mengenai keperluan set kemahiran industri sekali gus membantu kerajaan Sarawak dalam menyesuaikan program kebolehpasaran, menyelaraskan latihan dan pensijilan dengan keperluan pasaran kerja tempatan yang sentiasa berubah.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kerajaan Sarawak sentiasa berusaha memperkasa kemahiran rakyat Sarawak menerusi program meningkatkan kemahiran dan memperbaharui kemahiran pekerja.

“Dalam keadaan yang kurang menentu, proses pembelajaran berterusan menjadi satu keperluan untuk memastikan pekerja terus kekal berdaya saing,” ujar Roland.

Tambah Roland, Sarawak juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing sekali gus meningkatkan kadar kemahiran pekerja tempatan sebanyak 30 peratus dalam usaha mencapai matlamat Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.

Pada acara tersebut, Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara MEITD dan MPC melambangkan komitmen mereka untuk memperkukuh pembangunan bakat dan menyediakan tenaga kerja masa depan yang kompeten dan berdaya saing.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan