ADUN Ngemah seru semua pihak bersatu banteras dadah

Oleh: Beatriscia

KANOWIT – Trend penyalahgunaan dan pengagihan dadah semakin membimbangkan bukan sahaja di bandar tetapi kawasan luar bandar juga terbabit walaupun angkanya masih di paras rendah.

“Isu penyalahgunaan dadah dan substans adalah satu masalah yang kompleks. Bagi menanganinya, tindakan bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan berkaitan dan sokongan semua pihak termasuk sektor swasta, NGO, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat amat perlu.”

“Satu Kerangka Pelan Tindakan MIDS di Sarawak telah diguna pakai sebagai dasar dan rujukan dalam OSC MIDS Peringkat Negeri dan OSC MIDS Peringkat Daerah agar ianya lebih sistematik,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana ketika menyempurnakan Program Komuniti One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah Dan Substance (MIDS) Daerah Kanowit Siri 3/2024 baru-baru ini

Penganjuran program kali ini melibatkan seramai 66 peserta yang terdiri daripada Tuai Rumah dan Setiausaha JKKK rumah panjang di sekitar Nanga Ngungun hari ini.

Pada program ini, seramai tiga penceramah daripada agensi seperti Pemadam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan juga pihak Kementerian Kesihatan daerah Kanowit.

Penceramah kali ini diundang untuk memberikan ceramah yang berfokus kepada fungsi setiap agensi dalam menangani isu dadah dan bagaimana penyalahgunaan dadah boleh memberikan impak negatif terhadap komuniti setempat jika isu ini tidak dikenal pasti dan dibendung.

Turut hadir Setiausaha Politik Pejabat Menteri Perpaduan Negara Dr Stephen Anak William, wakil Pegawai Daerah Kanowit Casseylia Benet, Pemancha, Pengulu, Kapitan, Kanselor dan wakil-wakil jabatan.

Related Posts

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

KUANTAN – Tiga projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) di bawah Kementerian Ekonomi akan dilaksanakan di kawasan Tanjung Lumpur dekat sini untuk kemudahan warga petani di situ. Ketua Cabang PKR Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

KOTA KINABALU – Kerajaan berhasrat memperkenalkan dan menguji teknologi ‘direct to device’ daripada satelit terus ke telefon bimbit dalam pelaksanaan Program JENDELA Fasa Dua bagi memperluas liputan komunikasi khususnya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini