Kerajaan Johor berjaya selesaikan lima ‘projek sakit’ tahun ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor berjaya menyelesaikan lima projek sakit dalam tempoh 10 bulan ini melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah kira-kira RM400 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, selain kerja-kerja membabitkan infrastruktur jalan raya, projek sakit melibatkan kebajikan rakyat turut diberi perhatian termasuklah projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Taman Impian Jaya, Senai, di sini.
 
Menurut beliau, hasil campur tangan serta kerjasama Kerajaan Negeri dengan agensi berkaitan telah membantu projek perumahan melibatkan 213 unit itu menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Penantian lebih setahun oleh para pembeli berjaya ditamatkan setelah kesemua bakal penghuni menerima kunci kediaman masing-masing pada bulan Julai lalu.
 
“Meskipun tanggungjawab menyelesaikan projek sakit dan terbengkalai ini di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), namun Kerajaan Negeri sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah tersebut dan menjaga kebajikan Bangsa Johor,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci PPAM Taman Impian Jaya, di sini, baru-baru ini.
 
Ujar Mohd Jafni, kejayaan Kerajaan Johor dalam menyelesaikan projek sakit dan terbengkalai telah dibuktikan apabila sebanyak tujuh projek perumahan di bawah kategori itu diselesaikan pada tahun 2023.

“Kesemua nilai pembangunan bernilai RM230 juta sekali gus mengelakkan kerugian berganda ditanggung para pembeli,” katanya.

Related Posts

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029