13 individu termasuk seorang ahli keluarga mangsa ditahan terlibat kes culik

ISKANDAR PUTERI – Seramai 13 individu termasuk seorang ahli keluarga kepada mangsa ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam insiden penculikan ahli perniagaan hingga dibayar wang pampasan berjumlah RM20 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 58 tahun itu terdiri daripada 10 lelaki serta tiga wanita.

“Daripada 10 lelaki itu lapan lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing manakala tiga wanita itu melibatkan dua wanita tempatan serta seorang wanita warga asing.

“Operasi tangkapan tersebut dilakukan bermula pukul 9 malam, semalam sehingga awal pagi tadi di kawasan  Kota Tinggi dan seluruh Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Program Community Policing Kontinjen Johor Sempena Sambutan Deepavali Tahun 2024 yang dipaparkan secara langsung di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Menurut Kumar, empat daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah serta dadah dan kes disiasat di bawah Akta Penculikan 1962.

“Kesemua suspek direman sehingga 29 Oktober ini selama tujuh hari, manakala tiga lagi suspek akan dimohon remah esok di mahkamah di Johor Bahru

“Dalam operasi ini, polis turut merampas telefon bimbit dan kad ATM,” katanya.

Sabtu lalu, polis Johor mengesahkan telah menerima laporan berkaitan seorang lelaki warga tempatan dilarikan oleh beberapa individu dengan sebuah kereta.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah dibebaskan pada hari sama iaitu pada malam 13 Oktober selepas diculik pukul 7.20 malam.

Berdasarkan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, keluarga ahli perniagaan itu mendakwa telah membayar RM20 juta sebagai tebusan bagi tujuan membebaskan mangsa.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak