Sukar nak mansuh hutang PTPTN, komitmen kewangan negara besar

KOMITMEN kewangan negara yang besar menyukarkan pelaksanaan pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ketika ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pada masa sama, kerajaan juga perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan.

“Isu PTPTN ini menjadi isu yang agak lama dan semua parti pun meletakkan dalam manifesto masing-masing, termasuk sebelah sini (kerajaan) dan juga yang di sebelah sana (pembangkang).

“Cuma dalam keadaan sekarang ini, memang untuk kita hapuskan (hutang) agak sukar dengan komitmen kerajaan yang begitu besar dan kita juga kena fikirkan, bila kita mahu hapuskan yang belum membayar, kita kena fikirkan juga yang sudah membayar itu.

“Jadi maknanya, komitmen (bayaran) jika tidak silap dalam RM76 bilion yang sudah membayar, jadi kita perlukan dana ini untuk kita buat “rolling” bagi membiayai pendidikan pelajar selepas ini,” katanya.

Mustapha berkata demikian menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PN-Jerai) sama ada kementerian merancang untuk mengkaji semula keperluan pemansuhan hutang pinjaman PTPTN secara bersasar kepada golongan miskin dan isi rumah B40 seperti yang dijanjikan sebelum ini dan tindakan yang bakal diambil kepada peminjam yang gagal melunaskan tunggakan hutang.

Pun begitu, beliau berkata, kementerian dan PTPTN sedang bekerjasama rapat dengan Unit Pantau Madani di bawah Kementerian Kewangan bagi mengkaji serta mencadangkan model pembiayaan baharu PTPTN yang lebih efisyen dan mampan untuk jangka masa panjang bagi pembiayaan pendidikan tinggi negara.

Menjawab soalan asal Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai inisiatif kementerian bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman PTPTN, membabitkan tunggakan RM6 bilion oleh 430,000 peminjam, Mustapha berkata, walaupun tindakan penguatkuasaan bayaran balik pinjaman dan sekatan perjalanan kepada peminjam ingkar dihentikan sejak Jun 2018, namun PTPTN mengingatkan peminjam mengenai tunggakan dan tanggungjawab membuat bayaran balik dari semasa ke semasa.

“Selain itu, PTPTN menyediakan insentif tertentu bagi menggalakkan peminjam membuat bayaran balik, seperti membenarkan peminjam membuat penstrukturan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.

Related Posts

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang