KPDN lantik 70 pemborong bagi jamin bekalan makanan hadapi Monsun Timur Laut

BACHOK- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memberi jaminan bekalan makanan mencukupi bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, 70 pemborong utama (DDW) telah dilantik untuk menyimpan 30 peratus stok bagi memastikan bekalan di pasaran sentiasa mencukupi ketika berlaku banjir.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi di pasaran sekali gus memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan tersebut apabila banjir melanda nanti.

“Kesemua pemborong terlibat dibenarkan untuk menyimpan stok sebanyak 30 peratus daripada jumlah asal mengikut lesen yang diluluskan oleh pihak kami.

“Penyimpanan stok itu dibenarkan bermula November hingga Februari ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, kesemua stok bekalan makanan itu bagamanapun sudah dibawa masuk ke negeri ini sebagai persediaan menghadapi tengkujuh.

Related Posts

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

CAMERON HIGHLANDS – Tindakan seorang juruwang sebuah premis perniagaan di Kea Farm, Brinchang, di sini yang dipercayai beberapa kali mengambil wang hasil jualan terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan