65.6 peratus masalah miskin tegar sudah diselesaikan – PM

SEJUMLAH 65.6 peratus kemiskinan tegar daripada 22,893 telah diselesaikan berdasarkan rekod yang didaftarkan sehingga 1 Ogos lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut bagaimanapun tidak memenuhi keseluruhan jumlah tuntutan, sekali gus meminta semua kerajaan negeri termasuk Kelantan membuat pendaftaran baharu bagi menyelesaikan masalah miskin tegar.

Justeru Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia memerlukan kerjasama antara jentera kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri membabitkan menteri besar, pegawai jajahan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil pendaftaran baharu serta menoktahkan kemiskinan secara keseluruhan.

“Apa yang diperoleh setakat 31 Januari 2023 adalah setiap ketua isi rumah termasuk kategori miskin tegar 126, 372 orang dan setakat 29 Julai 2024, yang dikesan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan e-kasih telah diselesaikan. Angka ini bertambah oleh kerana kejayaan tersebut merupakan jumlah baru didaftarkan sehingga 29 Julai lalu.

“Pada 1 Ogos 2024 kita buka untuk permintaan baru termasuk rekod lama yang perlu dibantu 22,893 orang, ia setakat julai tahun ini,” katanya dalam sesi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sebelum itu, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (PN-Rantau Panjang) meminta Perdana Menteri menyatakan status terkini usaha kerajaan untuk menoktahkan miskin tegar.

Dalam pada itu Anwar turut tidak bersetuju dengan dakwaan Siti Zailah bahawa kerajaan gagal menamatkan kemiskinan tegar mengikut tempoh yang disasarkan.

Sebaliknya beliau berkata, jumlah isi rumah yang masih berada dalam kategori tersebut turut didorong daripada rekod sebelum ini iaitu ketika Perikatan Nasional (PN) mengetuai pentadbiran kerajaan.

“Janganlah kata gagal, jumlah ini (yang saya sebut tadi) adalah masa kerajaan yang disokong oleh Rantau Panjang, kita guna angka itu dan kita selesaikan. Kemudian saya rujuk kepada semua kerajaan-kerajaan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai mekanisme yang digunakan bagi menentukan kategori miskin tegar, Perdana Menteri menjelaskan ukuran yang digunakan adalah berdasarkan per kapita.

“Dulu kita ambil pendapatan, tetapi kita lihat ada kelemahan umpamanya kalau pendapatan RM2,000 tetapi empat isi rumah, jadi pendapatan sebenar RM500. Berbeza RM2,000 dengan lapan isi rumah, jadi pendapatan sebenar adalah RM250.

“Sebab itu ia diubah dari pendapatan kepada per kapita, saya rasa lebih tepat, tetapi ia perlu mengambil kira per kapita berapa orang anak dan tanggungan,” katanya/

Perdana Menteri dalam masa yang sama turut menjelaskan yang pihaknya tiada masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan keadaan itu berbeza dengan ahli Parlimen dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Kenapa perlu bekerjasama? Sebab ada peruntukan dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ada zakat dan sebagainya. Jadi kita gabungkan semua itu dan saya sebut tadi, pendekatan yang kita gunakan mengikut angka terkini. Sekian untuk tahun pertama dan saya yakin ini boleh selesai

“Apakah ini memuaskan? Tidak. Sebab itu saya sendiri bangkitkan seperti Tanah Merah dan Jeli umpamanya yang tidak memenuhi kenyataan sebenar dan kita mohon kerjasama jentera kerajaan Persekutuan. Saya tiada masalah dengan kerajan negeri. Tidak seperti ahli Parlimen, mereka memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya untuk selesaikan masalah ini,” ujarnya lagi.

Pada 30 September yang lalu, Anwar mengumumkan kerajaan mengukur kemiskinan tegar dalam negara menggunakan konsep Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) sebagai asas mengenal pasti kumpulan sasar untuk pemberian bantuan.

Untuk rekod, beliau sebelum ini mahu kemiskinan tegar diselesaikan pada akhir Julai lalu.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memelihara khazanah turath sebagai warisan yang menghubungkan generasi hari ini dengan tradisi keilmuan Islam yang panjang. Beliau berkata, tradisi keilmuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Kerajaan Perpaduan menyelesaikan agenda reformasi institusi yang masih tertangguh sebelum mempertimbangkan pembubaran awal Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah