Warga emas temui ajal ketika mendaki bukit

IPOH – Hajat seorang warga emas untuk mendaki ke puncak Bukit Kledang, dekat sini, pada Ahad tidak kesampaian apabila dia menemui ajal dipercayai akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti mendaki menghala ke stesen pemancar di bukit berkenaan.

Mangsa, Goon Swee Long, 71, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika berada pada ketinggian 800 meter dari aras laut.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berdasarkan maklumat awal, lelaki berusia 71 tahun itu kepenatan dan mengalami sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

Ujarnya, pihaknya menerima maklumat berkenaan seorang warga emas yang pengsan ketika berada di Bukit Kledang, pada jam 4.24 petang.

“11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan kepenatan dan mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Kledang sebelum tidak sedarkan diri berhampiran dengan laluan menghala ke stesen pemancar di situ,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas beliau, pasukan bomba telah bertindak memberikan bantuan awal dan bantuan pernafasan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa.

“Kemudian pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan lelaki warga emas itu telah meninggal dunia.Pasukan bomba telah membawa mangsa ke kaki bukit menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Faiezaruddin Mohd Yusop itu tamat pada jam 6.28 petang.

Related Posts

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berkaitan kebimbangan terhadap kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

SPRM teliti dakwaan kualiti anak benih sawit di FELDA Palong 7

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

Tidak bayar cukai, tidak peduli duit negara?

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa